Monday, May 23, 2011

Saturday, May 21, 2011

Meooowww...

Hello uols!

Korang suka kucing tak? Tak suka? Alaa... Kenapa tak suka. Kucing tu comel kot. Aku memang suka dan sayang sangat dengan kucing. Serius! Aku memang jadi tak tentu arah kalau tengok kucing ni. Sebab dorang tu comel gile. Bila dapat main dengan dorang ni aku rasa macam tenang macam best je. Sebab tu aku suka kucing ni. Hehe. 

Ce korang tengok video kat bawah ni haaa... Ya Allah tak pernah aku tengok binatang secomel ni. Macam pandai je kucing ni nak respon kat tuan dia. Jom tengok jom... Layan................


Friday, May 20, 2011

Hidung Dan Personaliti Diri

Hello uols!

Korang minta maaf ye lama tak update. Adoiii... Diriku sangat busy. Aku amik intersesi sekarang. So, pagi pergi kelas sampai tengahari. Balik kelas masak, makan lepas tu pergi kerja sampai malam. Penat sungguh. Hari ni free sikit sebab takde kelas hari Jumaat. Yeeehaaaa... Eh jom tengok apa kaitan hidung dengan personaliti seseorang tu. Ha, cepat-cepat pergi belek hidung korang macam mana ropenya. Hehehe.


  • Hidung yang besar.

Seorang yang mudah sensitif terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka juga dikatakan mempunyai sikap negatif seperti berat tulang dan lambat bertindak. Golongan ini dikatakan nafsu yang hebat! Opppsss...


  • Hidung yang bulat.

Merupakan seorang yang agak pintar dalam bergaya tak kisahlah lelaki atau perempuan. Namun, ada juga yang cakap mereka ini seorang yang serius dan tak suka dengan perkara remeh temeh.


  • Hidung jambu air.

Seorang yang memiliki pemikiran yang positif. Mereka optimis terhadap semua perkara. Tapi, ada jugak yang cakap mereka ni boros berbelanja. Isk..isk..isk...


  • Hidung mancung.

Mereka yang memiliki hidung macam biasanya ego dan agak pentingkan diri sendiri. Opsss..


  • Hidung yang kecil.

Mempunyai akal fikiran yang pantas dan cerdas. Golongan ini juga peka terhadap apa sahaja yang berlaku disekelilingnya. Mereka sering jadi perhatian walau kemana-mana!


  • Hidung besar tapi lobang kecil.

Mereka dikatakan tidak teguh dengan pendirian dan prinsip. Mereka mudah terpengaruh dan lebih rela mengikut sahaja tanpa mengeluh.


  • Hidung mancung dan runcing.

Gaya hidup mereka cukup aktif. Mereka berpendapat hidup ini penuh bermakna dan perlu dinikmati. Golongan ini juga cukup petah berkata-kata.

Haa, baca dah? Ada kaitan ke dengan diri korang? Tapi, yang ni ramalan je tau! Jangan percaya bulat-bulat pulak. Hehehe.

Tuesday, May 17, 2011

Tahukah anda?

Hello uols! Jom kita tengok beberapa fakta yang menarik kat bawah ni. Jom.....


  • Secara purata, mata manusia berkelip sebanyak tujuh kali seminit sewaktu menghadap komputer. Haa... ce kira start dari sekarang!
  • Tahu tak berapa helai rambut atas kepala kita? Purata adalah dalam 100,000 helai. Wow! Banyaknya!

  • Secara purata berat kepala kita adalah 3.6kg. Berat gak!

  • Tahu tak kalau kita suka makan makanan manis kita mungkin dah menikmati 60kg gula setahun! Gila! So, kurangkan gula dalam makanan.

  • Mata kita berkelip sebanyak 14,400 kali sehari. Err.. banyaknya.

  • Kita akan minum sebanyak 800 gelen air sepanjang hayat kita. Bayangkan 800 gelen tu banyak mana!

  • Jangka hayat seekor lalat hanyalah selama sebulan. Kejapnya! Tak sempat nak sambut birthday. Muehehehe..

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Resipi Berhantu Cik Nora 2 - Puding Roti Sos Kastard

Hello uols!

Segmen resepi berhantu bersama cik Nora kembali lagi. Hehehehe. Pagi ni terasa nak share 1 resepi ni. Sedap wooo.... Serius sedap gile. Bukan sebab aku yang buat jadi sedap. Tapi memang resepi nk sedap. Lagi 1 resepi ni sangat mudah dan kejap je masa pembuatannya tapi hasil tip top. Untuk orang yang kurang kerajinan dan kesabaran macam aku.... sesuailah... Hehehehe... Resepi apa? Meh tengok gambo ni dulu...

Puding roti sos kastad...
Tengok gambo tu... Terliur tak? Hahahaha... Ni lah dia puding roti dengan sos kastad. Serius terbaek derrr... Wa tak tipu. Sedap gile. Aku dapat resepi ni pun dari internet jugak. Sekali rasa mesti nak lagi. Wahhh... Jom tengok senarai bahan-bahan dia.

Bahan-bahan:

8 keping roti dicarik-carik.
500mL susu lemak berkrim disukai ramai
1 sudu teh Serbuk buah pala
1 sudu teh Serbuk kayu manis
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega dicairkan
4 sudu besar gula icing
Sedikit tepung kastard
1  tin susu cair

Cara-cara:
1. Mula-mula rendam roti dengan susu selama lebih kurang 30 minit.
2. Sambil tu, dalam bekas lain, campurkan serbuk buah pala, serbuk kayu manis, telur, tepung jagung, mentega yang telah dicairkan dan gula icing.
3. Selepas 30 minit, campurkan roti yang telah direndam dengan campuran bahan-bahan lain tadi tu.
4. Masukkan dalam oven lebih kurang 15-20 minit.

Untuk sos:
Dalam periuk, tuangkan 1 tin susu cair. Sambil mengacau, masukkan lebih kurang 2 sudu tepung kastad. Kacau sampai jadi pekat sedikit. Tapi, jangan lama sangat sebab nanti pekat sangat.

Ok, siap dah! Boleh makan dengan sos kastard tadi tu. Makan panas-panas memang best. Tapi, sejuk pun sedap jugak.

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Sunday, May 15, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Pagi-pagi ni nak join jap lah segmen bro Ben ni. Lama dah tak join segmen Bro ni. Hehehe. 

Tempat-tempat yang aku pernah bersekolah:

Tadika Kemas tahun 1994
Sekolah Kebangsaan Sungai Tua Baharu tahun 1995 sampai 2000
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas tahun 2001 sampai 2005
UiTM Arau, Perlis tahun 2006 sampai 2009
UiTM Malaysia, Shah Alam tahun 2009 sampailah sekarang. InsyaAllah Januari 2011 habislah. 

Cikgu yang masih diingati:
Kalau sekolah rendah tak berapa nak ingat sangatlah. Sekolah menengah ramai sangat. Salah sorangnya Cikgu Zaitun. Banyak kenangan dengan cikgu ni. Cikgu ni cikgu kimia aku. Disebabkan aku suka sangat dengan cikgu ni, aku sekarang study pun dalam bidang kimia. Hehe. Cikgu ni terlalu banyak sangat dah tolong aku masa aku bermasalah. Ada masalah je cari dia. Masalah famili ke cinta ke semua aku cerita dengan cikgu ni. hikhikhik...

Cikgu yang kedua Cikgu Masriah cikgu matematik masa aku form 3. Cikgu ni memang garang bila dia mengajar. Muka dia memang tak pernah senyum. Tapi, dia sebenarnya sangat baik. Aku memang lemah math dulu tapi cikgu ni banyak tolong sampai aku dapat A masa PMR. Bila aku form 4 aku amik Add Math. Masa tu Add Math aku sangatlah teruknya. Cikgu ni sanggup upahkan cikgu lain ajar aku Add Math. Cikgu ni tak mengajar Add Math sebab tu dia tak ajar aku. Cikgu ni jugak rapat dengan Arwah mama aku. Dia selalu datang rumah aku dulu jumpa dengan arwah. Masa arwah meninggal cikgu ni jugak yang banyak tolong aku. Terima kasih cikgu!

Kenangan sebagai seorang guru: 
Yang ni aku tak tau nak cakap apa. Sebab aku tak pernah jadi cikgu. Setakat mengajar kawan-kawan adalah. Tu pun aku rasa aku memang takde bakat jadi cikgu. Hehe.

Oklah, tu je yang aku nak tulis. Tata uols! 

Zizan Feat. Dina - Selamat Tinggal (Full HD)

Hello uols! 

Pagi ni terasa nak share 1 video ar. Hehe. Memang lagu ni dah lama, tapi tak kira nak share jugak. Heee.... Sebab lagu ni best! Pastu ada ar terkena tempias time hujan kat muka aku. Huahuahua. It reminds me about my bestfriend....;P

Jom hayati lagu ni....




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal


Oklah uols. Tata. Terima kasih sebab melayan. Hehehe.

Saturday, May 14, 2011

Wacana Aku Nak Kahwin Bersama Bro Wacana

Wacanaku

Jom join segmen Bro Wacana ni! Siapa nak join sila klik sini ok!

Semua gadis memang ada impian dan angan-angan mereka sendiri mengenai majlis perkahwinan mereka nanti. Aku pun sama jugaklah lebih-lebih lagi aku ni dah 23 tahun dah pun. Mak dah duk tanya je bila nak kenalkan boipren. Haissh.. Mak ni pun. Hehe. 

Majlis perkahwinan aku tu nanti aku nak yang simple-simple je. Hantaran pun cukuplah kalau setakat 7 berbalas 9. Eh, ke dah banyak jugak tu. Kalau banyak cukuplah 5 berbalas 7. Hee.. Aku dengar-dengar sekarang hantaran standard 10,000. Ye ke? Mahal hoii nak kahwin. Adei. Aku harap mak aku boleh terima yang murah sikit. 8000 cukuplah. Nak mahal-mahal kesian laki aku nanti. Ngeh..ngeh..ngeh. Yang penting aku nak color soft brown dengan sikit touch daripada color soft pink. Soft brown sebab nak semua hantaran ada teddy bear dan soft pink sebab nak ada bunga ros color soft pink. Heee... Pastu wajib ada Al-quran dengan telekung. Selain tu nak kasut jugak sebab aku suka kasut. Hik3. Yang lain tu tak kisah. Apa-apa pun boleh. 
Cantiknya... sesuai ke nak wat hantaran ni? Muehehehehe....

soft pink...=))

wajib ada...

ginilah lebih kurang... cuma nanti nak tambah teddy bear kecik-kecik kat gubahan hantaran tu...;P

Gambo semua dari encik google... 
Sebenarnya, aku try cari gambo yang menepati tema yang aku nak. Tapi tak jumpalah pulak. Tak pernah ada orang buat kot. Takpe, nanti aku kahwin aku amik gambo hantaran aku sendiri. Muahahahaha.... Itu jelah impian hantaran aku. Hehehe..

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Thursday, May 12, 2011

Wanita Dan Bantal

Hello uols!

Hari ni nak share sikit pasal wanita dan bantal ni. Apa kaitan? Kita boleh kenal personaliti seorang wanita ni melalui bantal tidur dia. Aku terbaca dalam satu majalah. Haa... Jom baca jom. Kita tengok siapa yang kena. Hehehe...

Wanita yang suka memeluk bantal.
Wanita begini disifatkan sebagai seorang yang berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang romantik, penyayang, mahu dikasihi dan halus jiwanya. Oleh sebab itu, wanita begini mudah didekati dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang langsing.

Wanita yang suka tidur dengan banyak bantal.
Wanita macam ni biasanya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Mereka tak boleh hidup tanpa kehadiran rakan-rakan disekeliling. Sikap sukar berdikari ini kadang-kadang merimaskan lelaki.

Wanita yang gemar meletakkan bantal di kaki.
Wanita begini dikaitkan dengan wanita yang tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul. Mereka suka hidup sendirian dan tidak suka membantu kawan yang dalam kesusahan. Disebabkan itulah mereka ni biasanya egoistik.

Wanita yang suka tidur dengan satu bantal.
Wanita begini biasanya bijak dalam membuat keputusan. Tindakan mereka selalunya dipengaruhi rasional dan bukan mengikut hawa nafsu.

Wanita yang gemar tidur tidak berbantal.
Wanita sebegini mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi sampaikan kadangkala membawa sifat ego. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan memandang rendah akan orang lain. 

Gambo dari encik google...;P
So, korang dalam kategori yang mana? Aku dalam kategori yang first kot. Dalam hati ada taman. Tapi tak berapa nak langsing...Ngeee.... ;P

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Pizza With Extra Love

Hello uols!

Korang dah lunch dah? Tengahari ni aku terasa nak cerita pasal kawan-kawan aku masa aku kerja kat Pizza Hut cuti semester yang lepas. Bulan Disember 2010. Kenapa ek aku rasa nak update pasal dorang? Sebabnya masa kerja kat Pizza Hut tu adalah salah satu kenangan paling manis yang jadi dalam hidup aku. (^_^)

Aku pun tak sangka aku akan jumpa dorang ni. Yang pasti aku bersyukur aku dapat kawan macam dorang. Siapa dorang tu? Meh tengok jap gambo dorang ni. 

Ini Min... Taken already...;P
Ok, mula-mula meh aku cerita pasal Min ni dulu. Aku bukanlah baru kenal dengan dia ni. Lama dah. Kitorang 1 kelas dari part 1 diploma lagi. About 5 years ago ar. Lama dah tu. Dia ni orangnya suka bercakap. Hehe. Suka kacau orang jugak. Kalau rasa rindu kat mak, tengoklah dia. Hahahahaha. Sebabnya dia suka bebel kat aku dengan Aini. Suruh kitorang mandi, kejut kitorang bangun tidur. Bagus gak ada kawan macam ni. Boleh ubat rindu dekat mak. Muahahaha. Jangan marah ye min! Min ni pun baik orangnya. Dah banyak sangat rasanya aku terhutang budi dengan dia. Huhu.

Ini Farah... juga taken already....
Yang ni pulak Farah. Aku kenal dia masa first day aku kerja dekat Pizza Hut tu lah. Mula-mula ingatkan dia pekerja lama. So, aku pun takdelah tegur dia. Takut. Hehehe. Tapi, lepas dia tegur aku dengan Aini baru aku tau dia pun baru jugak macam kitorang. Rasanya kalau takde Farah ni, aku taktaulah apa jadi kat aku dengan Aini masa first day kitorang kerja. Sebab kitorang mengepit je dekat Farah dengan kawan Farah. Hehe. Mungkin kebetulan, rumah aku dengan Farah tak jauh. So, balik kerja dengan pergi kerja kitorang pergi sama-sama. Start dari tu lah rasanya boleh jadi rapat. Dah hari-hari jumpa pergi mana-mana sama-sama kan, mana tak rapatnya. Farah ni orangnya pada aku, sweet, gorgeous dan sangat baik. Farah kau jangan muntah pulak bila baca ni. Hehehe. Tapi, garang jugak dia ni sebenarnya. Ngeeee... Kalau dengan Farah ni entahlah ek. Aku rasa selesa berkawan dengan dia. Pastu nak cerita pape dengan dia pun rasa best. Maybe sebab dia pandai nak respon kot even kadang-kadang entah pape je pun yang aku mengarut dan mencarut. Huhuhu. Seorang kawan yang baik dan pendengar yang baik. 


Ini Aini... taken jugak....=))
Ok seterusnya, budak kecik ni Aini. Aini ni aku kenal bulan November masa kitorang join jadi sukarelawan. Kalau nak cakap pasal Aini ni, satu je perkataan yang terlintas kat kepala aku, GILE. Hahaha. Yup, dia ni nampak je kecik, tapi boleh tahanlah dia punya masuk air tu. Ngeh..ngeh..ngeh.. Kalau dengan dia ni gelak je memanjang. Kadang-kadang kitorang pelik. Lawak sangat ke sampai budak kecik ni boleh gelak tak hengat dunia. Tapi tulah Aini. Boleh kata dalam kitorang 4 orang ni, kalau Min buat lawak, Aini ni ar tukang gelaknya. Hehe. Aini ni pun jenis sweet-sweet manja jugaklah. Hehe. Aku rasa Aini muntah jugak kalau baca ni. Eh2 tak, mesti dia gelak guling-guling. Hik..hik..hik..

Ni yang aku update pasal dorang ni sebenarnya rindu kat dorang. Hehehe. Dah lama dah tak hangout ber-4 dengan dorang. Harap-harap cuti sem ni bolehlah hangout lebih sikit dengan dorang. Entahlah nape kalau dengan dorang ni 24 jam pun tak cukup je rasa. Ada je benda nak cerita nak buat sama-sama. Hehe. 

Untuk dorang, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak untuk semua kenangan kita. Semoga persahabatan kita ni kekal selamanya. Muaahhhxxx.... Love korang ketat-ketat!


Mereka bertiga...=))


Min dengan Fara


Aku dengan Fara

Yang sorang tu Bobby... Aini mane? Owh aini cuti masa ni...;P

Yang ni kat Pantai Remis..

Serius masa ni sangat hepi

Aku dengan Fara lagi sekali

Min dengan Aini

Farah dengan Aini

Aku yang tiru Fara ke Fara yang tiru aku? Pose sama.. hehe..

Hepi!

Malam pegi celebrate New Year kat I-City

Aku dengan min.. Orang cakap macam adik beradik.. ye ke?? Tak sama pun..
So, tu jelah cerita aku pasal geng pizza 4 orang ni. Hehe. Semua orang kat pizza pun tau yang kitorang ni rapat. Kalau hilang sorang, mesti semua tanya. Aku ingat lagi, mula-mula Aini berhenti, lepas tu Fara lepas Min. Tinggal aku sorang-sorang. Sedih gile aku masa tu. Yang tak boleh blah nya aku menangis masa washing. Huahuahua... Kelakar gak kalau ingat. Yelah bayangkanlah mula-mula 4 orang, lepas tu tinggal sorang-sorang. Mana aku tak sedih. Harap-harap persahabatan kami ni kekal ke akhir hayat. Walaupun aku rindukan sangat kenangan masa kerja sama-sama dulu, tapi kenangan tu tak mungkin akan berulang. Tapi, still boleh create kenangan lain yang lebih bermakna. Hehe..(^_^). Agak-agak dalam kitorang 4 orang ni sape kahwin dulu ek?? Teeetttt.... Aku vote Min! Second Fara! Third Aini.. Korang kalau korang kahwin aku nak jadi pengapit tau!!!! Hehehe... Aku? Aku yang last kahwin kot. Dah aku je yang single tak habis-habis. =.= Entah-entah masa aku kahwin nanti si Min dah ada 10 orang anak, Fara 7 orang, Aini 8 orang..opsss.. Hahahaha... 

Eh, dahlah. Panjang pulak aku cerita. Memanglah kalau nak cerita pasal dorang ni sampai minggu depan pun tak habis. Hehe..

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Wednesday, May 11, 2011

Jijik: Barangan Luput Tarikh Di Jual Semula

Hello uols!

Tadi aku memang terkejut beruk dengan berita kat TV3 ni. Korang ada tengok tak? Kalau takde meh baca jap meh. Ni berita dia:

Sebuah keluarga di Gombak dipercayai mengaut untung dengan cara mengutip barangan luput tarikh dari tong sampah dan dijual semula. Kegiatan ini telah beroperasi sejak setahun yang lalu dan pastinya ramai yang sudah tertipu termasuk pelajar sekolah. Kalau dilihat dari luar tiada siapa sangka banglo dua tingkat ini sebenarnya pusat pengumpulan dan pembungkusan semula barangan luput tarikh. Dan kebanyakan barangan yang dijumpai adalah dari pelbagai jenama terkenal seperti serbuk coklat, serbuk teh, losyen badan dan lampin bayi. (euuwww...). Serbuk coklat misalnya telah rosak tetapi akan dibancuh semula dijadikan aiskrim dan dijual di luar sekolah. (Errkkk..). Ketika serbuan, dua wanita sedang melakukan kerja membuang cetakan tarikh luput pada botol susu segar. Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Osman Nawang berkata, barangan terbabit dijual kepada pengusaha warung dan kedai runcit. Hampir 4,000 barangan termasuk beribu-ribu helai pelekat tin susu bernilai lebih 30 ribu ringgit dirampas. 

Ok, itulah dia berita yang aku maksudkan. Apa pendapat korang? Agak-agak makanan yang kita beli kat warung dengan kedai runcit tu betul-betul selamat ke? Memalukan orang Gombak betullah! Mintak-mintaklah aku tak pernah tertipu. Risau wooo... Sebab aku duk Gombak. Takut gak kalau aku pernah termakan benda luput tarikh ni. Adoooii... Dah takde benda lain nak jual ke? Kreatif sangat, ni lah jadinya. Tetibe aku rasa mual.. Weekk... (muntah!).. Terbayangkan apa agaknya rasa makanan luput tarikh tu... euuuwww...

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Makan-makan Episod 2: Tutti Frutti

Hello uols!

Petang ni mek nak share 1 lagi tempat makan dessert yang best! Agak lama jugaklah aku tak pergi sana. Mengidam ni. Hehe. Aku nak share pasal TUTTI FRUTTI. Ala, yang jual frozen yogurt tu. Kedai ni agak baru jugaklah di Malaysia. So, maybe ramai lagi yang tak tau pasal frozen yogurt ni.

Frozen yogurt ni kalau tengok memang nampak macam ice cream biasa je. Tapi sebenarnya tak. Ia adalah yogurt ok! Yang bagusnya pasal frozen yogurt ni, ia adalah sangat bagus untuk orang yang diet. Hehe. Sebab takde lemak. Sebab tu aku suka. Muahahaha. Tutti frutti ni sebab dia masih agak baru di Malaysia jadinya cawangan belum banyak sangat lagilah. Selalu aku pergi makan dekat Sunway Pyramid. Kawan aku pulak cakap dia selalu pergi dekat TTDI dengan The Curve. 

Kalau korang pergi Tutti Frutti ni, sampai-sampai je korang kena terus ambil dia punya cup. Cup dia ada 3 size kalau tak salah aku. Lepas tu, pilih flavor yogurt korang. Aku suka original flavor, strawberry, coklat dengan tutti frutti punya flavor sendiri. Lepas pilih flavor untuk yogurt, korang kena pilih topping pulak. Topping dia u ols!!!! memang banyak gile! Pengsan nak pilih. Muahahaha. Macam-macam ada. Aku suka ambil topping buah-buahan. Dah tadi cakap nak kurus kan. Hehe. Buah-buah dia ada strawberi, kiwi, pisang, pic, nenas dan banyak lagilah. Lagi ada jugak topping coklat cip, oreo, waferstick, nata de coco, smarties banyak lagilah. 

Lepas pilih topping, sesi menimbang. Eh, bukan timbang berat korang. Hehe. Timbang tutti frutti korang tu. Hehe. Selalunya aku ambil medium size dengan buah-buahan yang banyak lagi berat aku kena dalam RM15++. Banyak kali aku makan kat sana tak pernah lebih dari harga tu. Pada aku, standard ar harga dia. Tutti frutti tu pun sedap gile. So, worth it ar. Ni, aku nak bagi sikit kebaikan tutti frutti ni. Aku ambil dari website die je. Hehe. 

  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Mengelakkan diaarhoea
  • Mencegah kanser usus
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Mencegah bakteria berbahaya.
Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi, cukuplah yang tu dulu. Hehe. Aku baru dapat tau kawan aku cakap Tutti Frutti dah bukak outlet baru kat Wangsa Walk. Hoyeeaahhh!!! Boleh aku pergi makan selalu. Tak payah susah-susah nak pergi Sunway Pyramis, TTDI dengan The Curve. Agak-agak kalau tetibe aku teringin Tutti Frutti sebelum aku nak tidur, boleh start motor pakai kain batik pun takpe pergi Wangsa Walk. 15 minit je dari rumah aku. Hehe. Lagi 1, outlet yang tak lama lagi akan dibuka kat Seksyen 7 Shah Alam. Lagi sekali nak jerit-jerit. Hahahaha. Sukanya aku. Agaknya Tutti Frutti ni tau kot aku dia punya regular customer. Sebab tu dia bukak outlet dekat kawasan-kawasan tempat tinggal aku kot. Muehehehe. 

Eh korang apa lagi. Nanti try tau Tutti Frutti ni. Tak rugi. Memang terbaik! Alternatif terbaik untuk penggemar ice cream yang taknak gemuk macam aku. Hehehe. Meh tengok gambo meh!.

Kami punya...

Wif frens... Aku yang kenalkan Tutti Frutti kat dorang..;P

Ni aku punya. Ada strawberi dengan kiwi dengan nata de coco dengan coklat Hersheys. Sedap!

Tata u ols! Terima kasih sebab baca. 

Tuesday, May 10, 2011

Best Friend Forever

Hello uols!

Pagi tadi aku ada tengok rancangan Semanis Kurma kat TV9. Tapi yang ulangan jelah. Tajuk dia "Kawan makan kawan". Banyak jugak kisah-kisah menarik pasal kawan makan kawan ni. So, tetiba aku terasa nak buat entri pasal "Kawan" atau "Sahabat" ni. Tapi, bukan pasal kawan makan kawan tau. 

Sepanjang aku hidup ni kan, rasanya aku banyak sangat kawan baik. Sampaikan kalau orang tanya aku, siapa kawan baik yang betul-betul baik dengan aku, aku kena fikir jap. Sebab tak tau nak pilih yang mana. Hehe. Jawapan cliche aku..."ramai sangatlah kawan baik aku. Aku tak tau nak sebut yang mana satu". Hehe. Tengok jelah gambo kawan aku kat sidebar tu haa.. Tu baru sikit. Ada lagi 100 juta gambo yang aku tak letak. Hehe. 

Tak dapat jugak nak dinafikan kawan ni memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita dan mereka memang sebahagian dari hidup kita. Aku tak dapat bayangkan hidup aku ni kalau takde kawan. Aku tau ada orang yang boleh hidup sorang-sorang takde kawan. Tapi, bukan akulah. Life without friends is dull and boring. Dengan kawan-kawan ni lah aku boleh nak enjoy-enjoy, gila-gila, hepi-hepi. Tapi, berpada jugaklah dalam berkawan. Pilih kawan yang baik yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan, bukannya lagi nak menyesatkan kita. Dalam Semanis Kurma pagi tadi, ustazah Siti Nor Bahyah ada gariskan orang-orang yang tak boleh dijdikan kawan. Orang-orang tu adalah:


  • Orang yang bodoh @ jahil
  • Orang yang kedekut
  • Orang yang fasiq ( Suka menipu dan berbohong)
  • Orang yang sombong


Alhamdulillah sebab aku banyak kawan yang sangat baik dengan aku. Adalah jugak yang pernah aku jumpa tak berapa nak baik. Tapi tak ramai pun. Setakat sorang dua je. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Macam mana aku boleh ada ramai kawan baik ek? Adakah sebab aku yang senang sangat nak iktiraf seseorang tu sebagai kawan baik aku? Entahlah ye. Dan kadang-kadang aku pelik jugak. Bila orang cakap dia langsung takde kawan baik. Tapikan, aku tengok dia selalu je dok berkepit dengan kawan dia tu ke hulu ke hilir. Masa dia ada masalah kawan tu jugak yang tolong dia. Kalau tengok memang macam tak boleh berpisah! Tapi bila tanya, boleh pulak dia cakap, "Aku tak pernah anggap dia tu kawan baik aku." Ermm... entahlah setiap manusia ada pengertian dan pemahaman masing-masing pasal kawan baik ni. Aku punya pemahaman mungkin lain kot. Hehe.

Pada aku kawan baik ni kawan yang sentiasa bersama kita susah senang. Melalui macam-macam pengalaman bersama-sama. Biasanya kalau aku tengah ada masalah ke tengah sedih ke kawan jugak yang aku cari. Walaupun aku tau dorang tak boleh tolong selesaikan masalah aku pun, tapi aku rasa lega bila dorang sanggup pinjamkan telinga dorang or bahu or bagi tisu dorang kat aku. Rasa macam ringan sikit kepala. Hehe. Ce tanya kat diri korang, kalau korang ada masalah dengan boipren korang pun, sape yang korang cari? Aku boleh confirm ramai yang cari kawan! Tu lah antara peranan seorang kawan ni. Tak kira susah senang tetap bersama. Baru boleh kira kawan sejati. Bukan time senang je bersama.

Setakat ni kawan-kawan aku baik-baik semuanya. Tapi, memang takdelah yang terlalu perfect 100% kan. Aku sendiri banyak kekurangannya. Dan aku bersyukur kawan-kawan aku boleh terima kekurangan aku ni. Gaduh-gaduh, tacing-tacing tu biasalah kan. Even orang yang dah kahwin pun boleh gaduh, mak dengan anak pun boleh gaduh, apalagi kawan. Aku pun ada je pengalaman gaduh dengan kawan ni. Tapi, tak lama tu baik balik. Kawan balik. Hehe. Biasalah kan. Pengalaman hidup ada yang pahit ada yang manis.

Aku harap di masa-masa akan datang aku tetap akan dapat kawan-kawan yang baik macam yang aku ada sekarang ni. Semoga dijauhkan dari golongan kawan makan kawan tu. korang ada pengalaman kawan makan kawan tak? Boleh share...;P

"Ya Allah! Sahabatku buah hatiku.Mesra kami penawar duka. Rindu kami penambah cinta. Rajuk kami penambah ceria. Ya Allah! Silaturrahim kami ukhuwah fillah. Permusuhan kami nauzubillah. Berpisah hanya dengan mati. InsyaAllah. Pengikat hati kami rabithah mardatillah". 







Tata uols! Terima kasih sebab baca.

P/S: Lepas ni memang korang akan tengok kebanyakan entri aku pasal kawan. =))

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...Mak.. Alfatihah Buat Mama Dan Uteh....

Hello uols!

Korang apa khabar?? sihat??? ngeee... Tetibe mimpi tanya khabar pulak kan! Hek3... Aku ni haa da 5 hari batuk tak kurang-kurang. Suara dah serope katak sembelit! Naseb baek takde sesape ajak aku pergi mengasah tekak.... (^_^)..

Ok entri hari ni korang pun mesti tahulah kan. Apa lagi kalau bukan pasal Hari Ibu ni. Sebut hari ibu je hati ni jadi sebak dan sedih. Pagi tadi da telefon mak nangis-nangis. Wuuu.... Yelah selalu hari ibu aku ada kat rumah. Kali ni takde sebab aku exam belum habis lagi. Mak pagi-pagi lagi da pergi pasar. Aku faham sangat mak tu. Kalau hari ibu je dia mesti nak masak special-special untuk anak-anak dia. Terbalik! Patutnya anak-anak yang masak untuk mak. Hee... Selalunya mak hanya mintak aku buatkan dia kek coklat. Dia memang suka bebenor kek coklat aku. Taktaulah tang mane yg sedapnya! Hitam legam berkarat je aku tengok. Hehehehe... 

Sepanjang aku hidup selama 23 tahun ni, aku ada 3 orang ibu. Hee... Mesti korang pelikkan.. Owh mak mertua belum termasuk ok! Mak mertua mak yang no-4. Hik3. Ok lah pada yang konpius dengan status aku. Aku tau ramai yang konpius! Sebab kejap cakap mama...kejap cakap mak. Huhuhu... Ok2... meh aku story mori..

Insan yang aku panggil 'mak' tu adalah mak kandung aku. Orang yang dah mengandungkan dan melahirkan aku 23 tahun yang lepas. Insan yang aku panggil 'mama' pulak adalah orang yang dah membesarkan aku selama 17 tahun. Lepas aku lahir, aku terus dijaga oleh mama. Sebab kenapa aku di anak angkat aku tak nak tahu. Tapi, aku tak pernah salahkan mak. Aku tahu mak mesti ada sebab yang kukuh untuk semua tu. Dalam masa yang sama aku jugak bersyukur dibesarkan oleh mama. Mama ni dah lama kahwin tapi takde anak. Sebab tu dia ambil aku sebagai anak angkat. Sepanjang di bawah jagaan mama aku ni ditatang bagai minyak yang penuh. Yelah anak tunggal kan. Dan mama serta ayah angkat aku agak berada jugak orangnya. Aku mintak apa semua dapat. Aku dimanjakan. Sangat-sangat ok! Sebab tu sampai sekarang aku manja. Ngeh ngeh ngeh...(boleh muntah dalam baldi!).. Aku tahu dan aku sedar aku anak angkat. Tapi, aku tak pernah soalkan dekat mama. Aku pernah tanya sekali dan mama jadi sedih. Lepas tu aku taknak tanya dah. Selagi mama dan ayah sayangkan aku, aku ok je. 

Masa umur 6 tahun, ayah kemalangan. Langgar lari. Start dari tu, hidup aku dan mama berubah. Ayah lumpuh dan hilang ingatan. Mama jaga ayah. Kesian sangat kat mama masa tu. Mama kecik je orangnya, tapi dia larat nak angkat ayah, mandikan, suapkan makan. Aku masa tu kecik lagi. Aku taktau nak tolong macam mana. Bila umur aku 8 tahun pulak, mama disahkan menghidap breast cancer. Aku ingat lagi masa mama cakap dengan aku. Mama menangis. Tapi aku tak faham. Cancer?? Apa tu? Mama cerita kat ustazah aku. Ustazah aku pun menangis-nangis peluk aku. Tapi, serius aku tak faham apa yang jadi. Hidup kami berubah lagi. Mama keluar masuk hospital, lepas tu kena operate, kena buat radiography, kemoterapi la bagai. Aku masih tak faham. Bila mama sakit tu, pakcik ngan makcik aku tolong jaga aku dan ayah. Mama? Takde siapa yang jaga mama. Huuu... Bila mama dah ok sikit, mama jaga ayah balik macam biasa. Tapi, mama jugak tak pernah abaikan aku. Hantar aku, jemput aku balik sekolah semua mama buat sendiri. Macam tu lah hidup kami 3 beranak. Bila umur aku 10 tahun, ayah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 1998. Mama orang yang paling sedih. Tak sanggup aku tengok mama. Tapi, aku hanya mampu tengok. Tak mampu buat apa-apa. Sejak ayah takde, hiduplah kami 2 beranak dalam rumah yang besar tu. Makan ala kadar je. 2 orang je kan. 

Bila umur aku 13 tahun, aku terkejut lagi. Mama kena kanser lagi. Kali ni dekat bahu dia. Mama da tak mampu nak drive lagi malah nak buat kerja banyak pun tak boleh. Sebab tulang bahu kiri dia dah macam patah. Tak boleh bergerak. Mama ulang alik ke hospital lagi sekali. Aku dijaga oleh sorang makcik ni. Dia baik sangat. Bila sabtu ahad aku tidur kat hospital. Jaga mama. Masa tu aku da besar sikit dah boleh berdikari dah pandai masak. Boleh aku tolong mama sikit-sikit. Tapi mama tak putus asa. Dia still boleh buat kerja rumah lagi. Mama cakap dengan aku, "kakak belajar je, yang lain biar mama buat". Sampailah aku tingkatan 3 macam tu lah kami. Tapi, Allah masih mahu menguji. Kali ni kencing manis mama pulak. Kaki kiri mama kena potong. Ya Allah, sedihnya aku masa tu. Aku baru lepas PMR masa tu. Aku tahu mama jugak sangat sedih. Masa ni uteh banyak sangat tolong aku. Bagi semangat tak habis-habis. Kawan-kawan aku jugak, Alin, Tedty, Zainura, Shuhada dan ramai lagi. Tapi lama-lama, aku dan mama semakin redha. Kami semakin ok. Bila result PMR keluar, aku dapat 8A. Alhamdullilah. Mama menangis kegembiraan. Tapi, mama sedih balik. Dia tanya kat aku "kakak nak masuk asrama ke? Nak mintak MRSM, SBP?". Aku diam je. Aku nak, tapi dalam masa yang sama tak sanggup nak tinggalkan mama. Sape nak jaga mama? Bila result asrama keluar, memang betul pun. Aku tak dapat pergi mana-mana. Takpelah. Sekolah biasa pun ok jugak kan? 

Sepanjang aku form 4 keadaan aku dan mama ok saje. Takde apa-apa berlaku. Hidup kami 2 beranak simple je. Kalau aku sempat lepas balik sekolah aku masak. Kalau tak, beli je lauk. Appointment hospital mama kalau petang, lepas balik sekolah aku bawak mama naik teksi. Kalau pagi mintak tolong cousin hantar mama kat hospital. Begitulah. Sampai aku form 5 bila sekali lagi aku terkejut. Tengahari tu, aku dah siap masakkan lauk tomyam untuk mama. Tomyam udang. Lepas tu, aku pergi kenduri kahwin rumah kawan aku, dekat je pun. Bila balik aku tengok mama da meraung kesakitan sebab dia jatuh dari wheelchair. Aku terus telefon uteh, uteh hantar mama pergi hospital. Mama pun kena tahan wad. Masa tu, kanser mama datang balik. Doc cakap biar mama stay hospital terus senang buat radiography. Pasal jatuh tu takde apa sangat. Sebelum balik, mama pesan. "Kakak, nanti bawak tomyam udang tu esok. Mama nak makan lagi". Aku pun dengan berat hati balik rumah. Malam tu aku sorang-sorang kat rumah. Esok lepas sekolah aku terus datang hospital bawak tomyam semalam tu. Nasib baik mama belikan aku motor. Senang nak bergerak. Mama makan berselera sangat petang tu. Rupanya, itulah lauk terakhir yang aku masakkan untuk mama. T_T. Lepas beberapa hari keadaan mama macam makin teruk lepas buat radiography tu. Masa tu, macam-macam pesanan mama bagi kat aku. Mama cakap aku ni bukan anak dia, tapi dia sayangkan aku. Macam-macam lagi pesanan mama. Aku dah pelik. Tapi aku diamkan aje. 

Sampailah, satu hari ni. Macam biasa lepas aku balik sekolah aku terus berkejar ke hospital. Tiba-tiba aku sampai, penuh doktor dengan nurse kat katil mama. Mama tak sedarkan diri. Aku meraung-raung kat situ panggil mama. Rupanya, mama punya buah pinggang dah rosak sebab kencing manis. Mama terus koma dan masuk ICU. Masa tu aku menangis sepanjang masa. Nasib baik ada uteh dan kawan-kawan masa sekolah. Dorang tak putus-putus bagi semangat kat aku. Airmata ni tak payah cakaplah. Lepas seminggu mama koma, doktor panggil aku. Dia cakap nak cakap personal dengan aku. Ayat pertama doktor, "Adik tenang ye. Keadaan mak adik sekarang kritikal. Kami tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin esok hari terakhir dia. Tolong panggil semua sedara-mara ye." Ya Allah masa tu, lutut aku lemah. Aku terduduk atas lantai aku menangis sekuat hati dalam bilik ICU. Nurse-nurse datang tenangkan aku. Aku pergi dekat mama. Aku cium dia mintak ampun, mintak dia bukak mata walaupun sesaat. Tapi, mama macam tu jugak. Aku telefon uteh. Aku telefon kawan aku. Aku nak jaga mama malam tu tak boleh sebab ICU kan. Aku kuatkan hati ni bawak motor pergi rumah kawan aku. Aku menangis lagi dan menangis dan menangis. Esok aku pergi hospital mama macam tu jugak. Sampailah lepas maghrib, tiba-tiba mama kritikal. Blood pressure dia kejap tinggi kejap rendah. Nurse dengan doktor kelam kabut. Aku terus-terus baca Yaasin, terus-terus aku pergi kat telinga mama, aku suruh mama mengucap "Laailahaillah..". Aku menggigil seluruh badan. Sampai akhirnya aku dengar bunyi bipppppppppp....... yang panjang. Tandanya takde lagi degupan jantung dari mama. Aku terus-terus menangis. Uteh terus pujuk aku. Uteh cakap selagi uteh ada, aku tak kehilangan apa-apa. Tarikh masa tu, 3 Julai 2005. Esoknya mama dikebumikan pukul 11 pagi. Yang terkejut, cikgu dan kawan-kawan kelas aku semua datang. Alhamdulillah. Hidup aku berubah lagi. Hebatnya dugaan-Mu ya Allah. Sejak mama takde aku duduk dengan makcik. Hujung minggu pergi rumah uteh. Uteh banyak tolong aku masa ni. Aku teruskan jugak hidup, habiskan SPM sampai akhirnya aku ambik diploma. Tapi, lepas mama meninggal tu aku dah jumpa mak kandung aku. Ada jugaklah aku pergi rumah dia. Tapi, untuk tinggal terus aku belum bersedia. 

Hidup zaman diploma biasa je. Cuma, kali ni uteh pulak yang sakit. Selalu jugak uteh keluar masuk hospital. Sedih! Aku sedih.. sebab uteh tempat aku mengadu lepas mama takde. Aku risau sangat dengan keadaan uteh. Aku terfikir macam mana kalau aku kehilangan uteh. Uteh nasihatkan aku terima mak kandung aku dan duduk dengan mak kandung aku. Aku fikir betul jugak cakap uteh. Alhamdulillah. Mak kandung aku ok. Cuma, aku yang belum mengenali dia sepenuhnya. Adik beradik aku pun aku tak kenal sangat. Tapi ok saja. Ayah kandung aku pulak da meninggal jugak. Sempat kenal die kejap je. Alhamdullilah, semua ok sampai aku habis diploma. Aku selalu jugak melawat dan call uteh. 

Tapi, sejak oktober 2009 keadaan uteh semakin teruk. Uteh koma dan mula tak boleh berjalan. Kesian dekat uteh. Uteh terbaring je sejak dari hari tu. Hospital jadi rumah kedua. Aku tak putus-putus berdoa semoga uteh kuat. Semoga diringankan kesakitan uteh. Keadaan uteh macam tu jugak sampailah akhirnya uteh menghembuskan nafas terakhir 4 April 2011. Baru sebulan lebih. Aku sedih sangat. Tapi aku kuatkan jugak hati ni. Sorang demi sorang orang yang aku sayang pergi menghadap Ilahi. Aku kuatkan hati demi final exam aku kali ni. Terngiang-ngiang lagi uteh cakap.."Nora, habiskan degree... cari kerja bagus-bagus... cari suami yang bagus-bagus..."InsyaAllah uteh, Nora akan cuba. Sejak aku kehilangan uteh, aku rasa macam kosong. Entahlah, kenapa. Yang aku tahu aku sayang uteh sangat-sangat. Kelembutan dia, kasih sayang dia, pengorbanan dia, aku takkan lupa sampai bila-bila. 

Sekarang, aku hanya ada mak. Aku bersyukur. Mak masih terima aku, nak jaga aku. Aku masih ada tempat berlindung. Walaupun mak pernah bagi aku pada orang lain, aku tak pernah salahkan mak. Walaupun banyak kali mak mintak maaf kat aku. Aku tau, ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan? Ada ssesorang pernah cakap macam ni kat aku.."Kau patut bersyukur kau ada 3 orang mak yang sayangkan kau. Aku ada sorang je mak." Betul apa yang dia cakap tu. Ya Allah aku bersyukur atas kurniaan-Mu. Aku redha dengan takdirmu. Untuk mak, mama dan uteh...I Love U All So Much..... Terima kasih atas kurniaan kasih sayang ini... Terima kasih Allah... Semoga roh mama, ayah, abah dan uteh ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Kenangan bersama mereka akan terus dalam hati dan ingatan aku. Semoga disebalik setiap dugaan Allah ini adanya kemanisan yang menanti aku. Untuk semua kawan-kawan, hargailah ibu korang selagi mereka masih ada. 

Oklah korang, dah panjang sangat aku tulis ni. Entri paling panjang setakat ni. Hehe. Tisu pun dah habis dua kotak buat lap hingus.. hehe.. 

Tata uols! Terima kasih sebab baca!. .. Have a nice day!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...