Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya!

Hello uols! Dan Assalammualaikum!

Ini entri ringkas dan padat.

Selamat hari raya kepada semua kawan-kawan blogger. Mintak maaf ye kalau ada terkasar bahasa, tak terbalas komen, tak balas kunjungan kamu semua. Maklumlah dah nak raya ni, aku jadi super duper busy.

Ini entri terakhir sebelum raya. Kita jumpa lagi seminggu selepas raya ok! Sebab kat rumah takde internet. Huhuhu... Ok, uols! Selamat hari raya lagi sekali!

Friday, August 26, 2011

Dodol Yang Kedua

Hello uols! Dan Assalammualaikum.

Yeaayy... Aku dapat dodol yang kedua. Hak..hak...hak... Suka sangat. Dodol yang kedua ni dapat dari Cik Wanie. Sebab hari tu aku ada join segmen yang Cik Wanie ni buat.




Tengok. Comel tak doodle aku yang tengah mengacau dodol tu? Hihi. Walaupun hakikatnya tak pernah seumur hidup aku kacau dodol. Keh..keh...

Kepada Cik Wanie... terima kasih banyak-banyak ye! Suka sangat... heee... =))


p/s: bila ar aku nak lukis dodol yg comel... dodol yg aku lukis semua huduh bebenor.. heee... 

Thursday, August 25, 2011

Spontaneous Thursday #4

Ayam: Kesian aku, habis telur aku manusia makan. Tak dapat nak sambung zuriat.

Lembu: Aku lagi kesian. Manusia minum susu aku. Tapi tak pernah panggil aku mak. Anak derhaka!!!!! Grrrrrr....



Friday, August 19, 2011

Kasih ibu membawa ke syurga.. kasih ayah sepanjang zaman..

Hello uols! Assalamualaikum.. *mulai hari ni nak bagi salam setiap entri*

Aku sebenarnya baru je terjumpa video ni. Masa tengah berblogwalking dan melayan youtube tadi. Dan ada jugak kawan kat fb yang share video ni. Mesti korang dah lama tau dah kan video ni. Aku ni memang selalu ketinggalan pun! Haha...

Mula-mula taknak tengok sebab takut kang kalau tengok menangis pulak! Hehe. Tapi, akhirnya aku tengok jugak. Wuuu... memang sedih sangat video ni. Berjurai-jurai aku tengok. Adeeii...



Lagi satu video pasal ayah... iklan raya Petronas tahun 2006 ni. Yang ni pun sangat-sangat menyentap hati aku ok! Bukan aku sorang je kot. Semua orang yang ada hati la. Hehe. Yang takde hati lantakkan je! Muahaha..



Bila aku tengok iklan-iklan macam ni kan, aku teringat kat arwah ayah dan arwah abah aku. Aku ada 2 orang ayah! Jangan jeles ok! Sebabnya aku dibesarkan oleh arwah ayah angkat aku. Huhu. Walaupun ayah angkat, tapi aku ni dibesarkan macam anak sendiri dan sangatlah dimanjakan oleh arwah. Sangat-sangat dimanjakan ok! Tapi, masa aku umur 10 tahun, arwah kembali ke rahmatullah. 10 tahun je sempat nak rasa kasih sayang arwah. Bila umur aku 17 tahun, arwah mama (mak angkat aku) pulak kembali kerahmatullah. Then, lepas tu dapatlah jumpa balik dengan keluarga kandung. Aku sempat jumpa arwah abah (ayah kandung) 3 bulan je. Lepas tu, arwah pun kembali kerahmatullah. Jadinya, dalam hidup aku sekejap je aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah.

Walaupun sekarang ni umur aku dah 23 tahun, dah besar panjang orang cakap, aku masih mengimpikan kalau aku masih ada seorang ayah. Tak kiralah berapa umur kita sekalipun, kita masih perlukan ibubapa kita. Tak kiralah walaupun arwah dah pergi berapa lama pun, setiap detik dan kenangan masa arwah hidup tetap tak mampu nak lupa. So, kepada kawan-kawan yang lain yang masih mempunyai ibubapa, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Sebab bila mereka dah tiada, tak mungkin ada yang dapat menggantikan mereka. Tak kisahlah macam mana sekalipun keadaan ibubapa kita, kaya ke.. kerabat diraja ke, miskin ke, orang kurang upaya ke mereka tetap ibubapa kita dunia dan akhirat. Ikatan tu takkan terputus sampai bila-bila. Bahagiakanlah mereka selagi mereka masih bernafas. Jika mereka dah dijemput Ilahi, sedekahkanlah mereka dengan amalan kita dan jagalah nama baik mereka.

Walaupun arwah ayah, abah dan mama dah lama pergi, aku still rasa macam mereka masih ada. Owh... rindunya rasa lebih-lebih lagi dah nak dekat raya ni. Kalau masa boleh diputarkan, memang aku teringin nak jumpa mereka walaupun sekejap untuk mintak ampun atas segala dosa-dosa aku dan peluk cium mereka sepuas-puasnya. Tapi, tak mungkinlah kan. Huu... Tapi, aku percaya, setiap yang jadi mesti ada hikmahnya.

"Allah takkan menguji seorang hambaNya dengan sesuatu dugaan jika hambaNya tidak mampu menampung dugaan itu"

Kata-kata seorang sahabat dekat aku waktu aku tengah down dulu. Serius kata-kata ni sangat menguatkan aku. Thanks kawan!

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #4


Sunset di Pantai Remis... 2 tahun yang lepas... 

SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER


Nak join sila klik sini!

Nama Panggilan Blogger: Cik Nora
Tarikh Mula Berblog: Julai 2010
Rakan Blogger Terkini: 115 
Target Tambah Rakan Blogger: 5 orang

Ok, dah cukup syarat-syarat. So, selamat berkenalan! Hehe... 

Tuesday, August 16, 2011

Tersentuh Hati Ini

Hello uols!

Sedar tak sedar esok dah masuk Ramadhan yang ke-17 dan esok jugaklah Nuzul Quran. Kejap je masa berlalu. Lagi 2 minggu je kita semua nak sambut hari raya. Malam ni aku busy sikit sebab dah mula operasi menyiapkan tempahan kuih tart nenas! Hehe. Tahun ni tak banyak sangat order, jadi aku bolehlah buat kuih tu dengan tenang. Hee...

Isn't she cute??

Ok terus kepada tajuk entri aku malam ni. Sebenarnya masa balik dari bazar tadi, aku tengok ramai budak-budak tengah berkumpul kat lobi bawah rumah flat aku ni ha. So, aku dengan curiousnya pergilah dekat nak tengok apa jadi. Sampai-sampai je aku tengok 2 ekor kucing, mak dengan anak. Aku memang kenal sangat dengan kucing ni sebab diorang selalu main depan rumah aku kat tingkat 2 ni. Aku tengok mak kucing tu tengah jilat-jilat anak dia yang anak dia pulak menggeletar. Aku pun tanyalah sorang adik ni, dia cakap anak kucing tu jatuh dari tingkat 2. Tersentap hati aku dengar! Kesian gila. Sedih aku tengok mak kucing tu tak tentu arah tengok anak dia macam tu. Huu... Bergenang mata aku. Then, ada sorang adik ni bawak anak kucing tu pergi rumah dia. Hopefully anak kucing tu akan sembuh.

Dalam banyak-banyak binatang aku memang sayang gila kat kucing. Tak taulah kenapa. Aku memang allergik tengok kucing! Bukan allergik tak suka allergik sebab terlalu obses! Buatlah macam mana pun di mata aku kucing tetap comel. Kalau aku nampak kucing kat tepi jalan yang agak jinak, aku mesti nak stop dulu main dengan kucing tu kat tepi jalan. Hehe. Lantaklah orang nak fikir apa pun. Kucing aku kat rumah aku tu pun habis aku gomol. Haha.

So, aku tak boleh terima kalau orang berlaku kejam dengan kucing ni. Bukan ke kucing tu binatang kesayangan nabi? Kadang-kadang aku tak faham kenapa manusia sanggup nak dera kucing. Disebabkan kucing tu curi sekor ikan, sanggup nak kerat kaki kucing tu bagi kudung. Apalah sangat nilai sekor ikan tu? Tak luak pun!

Aku pernah jumpa sekor kucing ni. Dia datang rumah aku mengiau dengan nada yang sedih dan terhenjut-henjut. Aku tengok kaki dia berdarah. Aku syak ada orang nak potong kaki dia guna pisau. Masa tu aku baru darjah 4. Aku pun mintak minyak gamat kat mak aku then sapu kat kaki kucing tu. Sebelum tu cuci dululah darah dia sampai kering. Setiap hari aku sapu minyak gamat dan aku balut kaki dia. Alhamdulillah tak lama lepas tu dia sembuh tapi still terhenjut-henjutlah. Dan terus melekat kat rumah aku sampai akhirnya dia meninggal. Huhu.

Gerammmm!!!

Moral of the story, sayangilah binatang! Kalau tak sayang pun janganlah berlaku kejam dekat binatang tu. Dah namanya pun binatang kan! Apa yang dia tahu. Kita ni yang dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Untuk adik yang tolong anak kucing tadi tu, terima kasih banyak-banyak. Sikap macam tu lah yang kena ada kat semua orang especially kanak-kanak. Hee... =))





Tata. Terima kasih sebab baca. 

Rilek Sebentar Mau Promote Blog Anda


Siapa nak join... klik sini!

Memandangkan sejak dua menjak ni aku agak kekeringan idea nak buat entri baru, maka aku pun merajinkan diri berblogwalking. Sambil blogwalking tu terjumpa pulak segmen ni. So, dah alang-alang ada yang nak promote blog kan so join jelah. Hik..hik..hik... Segmen ni pun simple je. Jom join sekali!

Berwajah Baru

Hello uols!

Dah makan dah? Eh..eh salah soalan. Puasa tak hari ni? Hehe. Erm.. perasan tak yang header aku dah berubah tu? Haha. Apa tak lawa? Buruk? Adoi, takpelah. Yang penting aku buat header tu sendiri tau! Walaupun nampak macam kebudak-budakan je sikit tapi tetap nampak ceria kan! Haha. Nak buat macam mana dah tuan yang buat ni tak kreatip! Tangan keras. Maka jadilah header yang sebegitu rupa. Hik...hik..hik.. Ada sesiapa sudi nak buatkan header??? Wink..wink...(kelip mata).. Hoho.

Nama blog pun aku dah tukar dari Corat-Coret Cik Nora kepada Belog Cik Nora je. Tapi, tetiba rasa nak tukar balik je nama tu pada nama yang lama. Huhu. Korang rasa mana yang ok? Nama yang lama ke yang baru? Kalau boleh bagi pendapat bagus jugak! Amat-amat dialukan. Hihi..

Oklah uols. Sebarang pendapat sila tinggalkan di ruangan komen ok! Sangat-sangat menghargai kalau ada komen yang membina. Hehe.

Tata. Terima kasih sebab baca.

Berbuka Puasa @ Wong Solo

Hello uols!

Kali ni entri makan-makan lagi sekali. Hek..hek..hek... Nak buat macam mana dah tuan blog ni kaki makan. Huhu. Kali ni tempat makan yang aku nak bagitahu kat Wong Solo, Seksyen 7, Shah Alam. Alaa, kat belakang Jakel Shah Alam tu haa.

Kalau dengar nama Wong Solo tu pun mesti korang dah tau kan makanan apa. Masakan Jawa lah apa lagi. Kalau dah Jowo(sebut pekat-pekat gaya wak jawa ok!) tu mestilah ayam penyet. Hehe. Aku memang gilakan ayam penyet ok! Dah berapa banyak restoran ayam penyet dah aku try. Ada yang best ada yang kureng best. Kalau aku masukkan dalam blog ni means restoran tu bestlah ye. Hari Jumaat lepas baru je makan ayam penyet kat Waroeng Penyet kat The Curve. Haa, yang kat The Curve ni memang terbaik! !0 bintang aku bagi kat Waroeng Penyet ni. Tapi, yang lainnya kat Wong Solo ni ada ayam bakar jugak. So, quite different dari restoran ayam penyet yang lain yang mostly hanya akan jual makanan yang terpenyet-penyet sahaja. Hek..hek..hek...

Ermm, untuk berbuka puasa kali ni kitorang semua ambil set je. Senang cerita. RM10.90 je harga set dia. Ada ayam/ikan penyet, terung sambal, salad, tauhu dan tempe dan nasi. Semua ada including mineral water. Tapi, still kena tambah airlah. Mana best buka puasa dengan air mineral kan! Bab air ni, pada aku kat Wong Solo ni harga dia kureng sikit. Bukan kureng mahal ok! Tapi kureng murah. Aku selalu order air soda gembira (bandung soda) kalau pergi makan ayam penyet. Kalau kat restoran lain, harga soda gembira ni dalam RM3++ je. Tapi kat Wong Solo ni sampai RM5.50 kot harga dia. Agak mahal. Sirap limau je dah RM2.50 uols! Boleh dapat 2 gelas kalau kat kedai lain. Tapi takpelah. Nak wat macam mana kan. Dah nak jugak air manis untuk berbuka. Hehe.



Mahal woo sirap limau ni... =(


Dengan Bobby... bergambar dulu sementara tunggu time berbuka... 
Min dengan K.ila

Set ayam penyet... Aku punya.. 


Set lele penyet.. Lele tu ikan keli ok! 

Yang paling best aku rasa sebab set tu sekali dengan Terung Balado tu. Balado tu apa? Balado tu dalam bahasa minang. Balado tu makno ei berlada. Faham? Kan dah keluor dah bahaso minang den ni ha. Memang sedap terung tu! Febret aku. Hehe. 

Laparlah pulak bila tengok balik gambar ni... Hee...=))

Nyummy!
Lagi satu, banyak-banyak kedai ayam penyet yang aku pergilah kan, ayam penyet kat Wong Solo ni yang paling kurang pedas. Bukan nak cakap tak pedas, pedaslah jugak tapi tak menyengat sangat macam kat tempat lain. Sambal dia ada rasa manis-manis sikit which is quite oklah untuk berbuka kan. Kang pedas sangat kang bocor pulak perut customer yang makan. Hehe. Kalau kat tempat lain double kot pedas dia. Kat Waroeng Penyet, Ayam Penyet AP, Ayam Penyet Ria, Penyetzz, aku makan sambal dia habis meleleh airmata. Yang ni oklah aku boleh tahan kepedasan dia. Sedap and recommended! 

Tangan nak sama je dengan aku Min ni. Lagi sekali, tolong jangan tanya kitorang ni adik beradik ke tak ok! 

Muka kekenyangan.... ;P
Oklah sampai sini dulu. 

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

P/S: Tak pernah aku publish entri pukul 3 pagi! Hak..hak..hak..




Sunday, August 14, 2011

Terima Kasih Alif Ismail

Hello uols!

Mintak maaf dulu sebab entri ni agak lambat. Hee... Disebabkan kekangan masa dan dah 2 hari tak dapat nak online. Wuu... Entri ni khas untuk blogger Alif Ismail. Sebabnya Alif ni dah buatkan aku doodle yang sangat comel! Yeaaayyy.... Sangat suka ok!


Inilah doodle yang Alif buat tu. Comel kan? Mata purple. Heee.... Aku suka sangat! Hik...hik..hik.. Aku memang sangat admire dengan segala doodle buatan Alif ni. Sebab sangat unik dan lain dari yang lain. 

Kepada Alif terima kasih ye! Terima kasih sangat-sangat!

Friday, August 12, 2011

Jika Aku Pergi Dulu

Buat mak yang dicintai..
Ampunkan saya...maafkan saya... halalkan segala makan minum saya. Walaupun baru je kenal dengan mak, tapi kasih sayang ni dah lama wujud sejak saya dalam kandungan lagi. Maafkan saya sebab tak sempat nak balas segala jasa mak yang dah lahirkan saya. Memang segala jasa mak takkan mampu saya balas walaupun hidup beribu tahun walaupun diberi segala kekayaan di dunia ni. 

Buat abang-abang dan adik yang dikasihi
Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana menjadi abang dan adik yang sangat ambil berat tentang anak tunggal perempuan dalam keluarga kita ni. Terima kasih kerana boleh menerima diri saya walaupun kita tak membesar bersama dan kita tak mengenali sejak kecil walaupun kita adik-beradik. Percayalah, ikatan tu dah wujud dalam diri kita sejak dulu lagi. Walaupun baru kenal kamu semua, perasaan sayang dah menebal dalam diri ini. Maafkan jika ada tersalah kata dan tersilap langkah. 

Buat sahabat-sahabatku yang sentiasa dihati dan diingatan
Terima kasih atas segala kenangan kita bersama dan segala pertolongan yang pernah kamu semua bagi. Memang tak mampu untuk aku membalas semua tu. Kawan-kawan baik aku dari sekolah rendah yang kekal hingga sekarang... Fadzlyne, Bailah, Natrah, Nismah dan Wani... terima kasih semua. Kita dah membesar bersama dan banyak sangat kenangan dengan kamu semua. Kawan-kawan baik masa sekolah menengah... Alin, Inoi, Tedty, Mira, Bida, Aim, Izat, Kamil, Shuhada dan ramai lagi. Terima kasih yang tak terhingga sebab ada waktu aku susah dan senang. Kalau tak sebab kamu semua tak tau apa jadi dekat aku ni. Terima kasih untuk segala kata-kata semangat dan sokongan yang dah kamu semua bagi waktu aku menghadapi saat-saat kehilangan orang yang teramat aku sayang. Kawan baik aku waktu di universiti..Min.. Terima kasih jugak untuk segalanya. Dah terlalu banyak kau tolong aku. Dan, sekali lagi aku tak mampu nak membalas semua tu. Terima kasih sangat-sangat. Kawan baik aku yang lain... Fara dan Aini.. Terima kasih jugak untuk segalanya. Terima kasih untuk moment-moment indah waktu kita lepak bersama. Terima kasih sebab sentiasa sudi tadah telinga untuk mendengar segala cerita aku yang entah apa-apa tu. Terima kasih lagi sekali untuk segalanya. Untuk semua sahabat-sahabatku, aku mohon maaf yang terhingga atas segala kesilapan dan kekurangan diri ni. 

Buat semua yang mengenali diri ini.
Maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan. Saya bukanlah seorang yang sempurna. 

Buat arwah mama, ayah, uteh dan abah.
Jika saya pergi dulu, saya berharap untuk berjumpa dengan kalian semua di syurga. Sesungguhnya hati ni terlalu rindukan mama, ayah, uteh dan abah. 



Makna Bacaan Di Dalam Solat

Hello uols!

Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat dah pun. Kejap je masa berlalu kan. So, sempena hari penghulu segala hari ni, nak share sesuatu dengan korang semua. Makna bacaan dalam solat. Aku sangat sure masih ramai antara kita yang tak tahu pun maksud bacaan dalam solat kita kan. Termasuklah diri sendiri. Ada beberapa ayat je yang aku faham. Huhu. Masih sangat jahil diri aku ni. T_T. So, jom kita baca sama-sama makna bacaan dalam solat ni. Dengan harapan lepas ni solat kita akan lebih kusyuk sebab kita dah faham maksudnya kan. Aku lupalah sumber dapat dari mana. Sebab dah berkurun aku simpan dalam laptop aku ni. Huhu.



Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat AkhirSegala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
“wahai tuhan ku,aku tak layakutk kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belaskasihan darimu .”ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”
Ni lah jadinya bila tak kusyuk... time solat jugaklah macam-macam kita nak fikirkan... haisshh... 

Tata. Terima kasih sebab baca. 

Saya pun nak dodol Alif




Korang jom join! Klik sini!

Alasan kenapa nak doodle Alif..... Sebabnya saya sangat minat dengan doodle-doodle yang Alif buat. Hari-hari mesti nak tepek bijik mata kat blog Alif tengok doodle-doodle yang pernah Alif buat. Lagi satu, doodle Alif sangat unik especially kat mata doodle tu. Belum pernah lagi saya tengok doodle yang macam Alif buat ni.

Warna mata pulak ye. Ermm.... saya suka warna purple. So, nak warna mata warna purple la. Bole tak Alif? Hehe...

Ok, tu je. Dah cukup syarat kan? Ni tengah menaip dengan kelajuan maksima!!! Hahaha...

Tata.

Follower yang ke-100

Hello uols!

Sebelum apa-apa nak ucap Alhamdulillah dulu. Tak sangka dah sampai 100 follower. Huhu. Ye, memang 100 tu sangat sikit kalau nak banding dengan blog orang lain yang sudah beribu-ribu followernya. Tapi, untuk aku yang baru lagi dalam dunia blog ni, aku tetap bersyukur. Sebab bukan senang nak dapatkan follower tu. Huhu. Terima kasih yang amat sangat buat semua follower blog aku yang tak seberapa ni.



Ok, aku nak review sikit follower yang ke-100 ni. Namanya sangat sedap ok. Afiqa Dayana. Suka masuk blog adik ni sebab header dia sangat cantik! Baru je berblogging since Jun 2011 tapi, follower dia dah ramai Dah cecah 472 waktu aku taip entri ni. Eh, adik ni orang Wangsa Maju rupanya. Taklah jauh pun rumah kita. Hek..hek...hek... Ok, kalau nak tahu lebih lanjut, jom terjah!


Tapikan, sebelum tu aku nak review jugak follower blog aku yang pertama. Hee. Kalau takde yang pertama macam mana nak ada yang ke-100 kan? Follower aku yang pertama ni housemate aku jugak, namanya Anis Azween. Seorang yang sangat comel dan lemah lembut je. Hehe. Aku suka masuk blog K.Anis ni sebab entri-entri dia berkenaan keagamaan dan kerohanian. K.Anis taklah selalu update entri dia, tapi sekali dia dah update, entri dia memang penuh dengan pengisian. Jon terjah jugak!


Ok korang. Jom berblogwalking.

Tata. Terima kasih sebab baca. 

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #3


Lokasi gambar ni kat Cameron Highlands... wee.... =))

Tata. Terima kasih. 

30 Bloglist Terpantas Milik Cik Nora


Siapa nak join klik sini!

Ok, aku kena cepat! Sebab Bro Hackers ni nak 30 blog je untuk bloglist dia. First time ni nak join segmen dari bro Hackers. Harap-harap aku masih sempat masuk bloglist ni. Aku nak masuk dalam bloglist Hackers ni sebab blog Hackers ni kan dah ramai follower kalau nak banding dengan blog aku yang ciput je follower ni. Hehe. So, harap-harap sempatlah! Yeaaahh.... menaip dengan kelajuan maksima dah ni.

Oklah uols! Tata. 

P/s: Sempatlah...sempatlah...sempatlah....aminn....=P

Tuesday, August 9, 2011

Istana Biru Nak Berkenalan


Nak join pulak segmen dari Cik Permata Biru ni. Hehe. Alang-alang tengah tak buat apa-apa ni. Jom join jugak. Klik sini!

Nama saya... Noora Dadilla Binti Daud... Boleh panggil Nora. Ramai jugak kawan-kawan yang panggil Dadilla @ Dad @ Dila. Hehe...

Asal kejadian nama ek... Ermm... Mak pernah cakap nama ni gabungan nama dia.. Radiyah dan nama ayah Daud. Huhu. Tak taulah macam mana diorang gabungkan. Hek..hek..hek..

Maksud nama pulak... Nora tu takde dalam nama Islam. Tapi, Nora tu nama bangsa Latin. Kalau dalam bahasa Latin maksudnya cahaya. Dadilla tu pulak petunjuk. So, gabungkan jadilah cahaya petunjuk... Heee....  dan saya memang sangat suka dengan nama ni. Alhamdulillah... =))

Sifat baik ek? Errr.... Susahlah nak jawab soalan ni. Huhu. Sebab saya pun tak taulah apa yang baik tentang diri saya ni. Haih.. apa ye.. Suka tolong orang ar kot. Kalau orang mintak tolong tu, InsyaAllah akan cuba sedaya upaya tolong dia tak kira apa pun. 

Kalau yang buruk saya tau nak jawab. Sebab banyak sangat. Hee... Yang paling ketara saya ni memang semua  benda nak buat last minit. Sampai digelar Miss Last Minute. Adeeeiii! Kadang-kadang dah plan baik dah konon-konon nak siapkan assignment awal @ study awal untuk exam tapi akhirnya mesti akan jadi last minit jugak. Kenapa entah. Konpius! Haha. Yang kedua, suka tidur kot. Ye! Saya memang suka tidur. Tidur tu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Haha. Lagi, saya ni susah sikit nak beramah-tamah dengan orang yang saya baru kenal (bila face to face) sampaikan ramai orang cakap saya ni nampak macam sombong. Tapi sebenarnya bukan! Sebenarnya saya malu. Hik..hik..hik..(gelak tutup mulut). Ermm... sebenarnya banyak lagi yang buruk. Tapi, malu pulak nak kongsi. Kih..kih...kih.. 3 je cukuplah kan Cik Permata Biru? Heee...=))

Rasanya dah cukup dah syarat-syarat. So, sampai sini saje. Heee... 

Tata. Terima kasih sebab baca. 



Monday, August 8, 2011

Baju Raya Tahun Ni

Hello uols!

Ni nak tanya ni. Korang dah siap ke semua preparation untuk raya ni? Dah habis dah shoping raya? Apa? Dah habis ke. Huaa... Aku je belum shoping lagi. Sigh~

Sebenarnya semalam adalah jugak aku pergi Plaza PKNS kat Shah Alam ni konon-konon sambil bank in duit sewa rumah nak cari-cari baju raya. Agak crowded jugaklah kat PKNS tu. Penuh gila dengan umat manusia yang semua nak cari baju raya. Parents dengan anak-anak yang berderet-deret, couple-couple, peniaga yang try nak tarik perhatian orang ramai. Memang sibuk! Tapi, belum boleh lawan Jln. TAR lagilah. Hehe.

So, aku pun jalan dan jalan. Dari satu kedai ke satu kedai aku tengok. Dah habis pusing semua, aku patah balik, pusing lagi sekali. Tapi hampeh! Takde 1 pun yang aku berkenan. Dah nak tercabut kaki aku ni haa. Kenapa entah takde yang menarik pada aku. Kebanyakannya fesyen baju raya tahun ni jenis yang sarat dan meleret dan seberat 10kg! Muahahaha. Terlalu banyak manik dan labuci yang sarat. Kebanyakannya fesyen kaftanla kan. Fesyen tu kan tengah in sekarang. Tapi, kaftan??? OMG... Kaftan memang sangatlah sesuai untuk aku yang kurus lagi langsing dan sangat tinggi ni (tangan ke dada, mata ke atas)... Muahaha.. Memang tak mungkinlah aku nak beli kaftan tu.

Cantiknya kaftan Dynas dengan Dira ni... =)
Yang Dato' Siti pakai ni pun gojes jugak! Warna yang jarang orang pakai kan..
Target aku, aku just nak baju kurung Pahang je. Tu pun, aku nak simple je tapi yang penting boleh menampakkan dan menyerlahkan keayuan aku! Ok, pergi muntah dalam baldi sekarang! Hik.hik..hik... Aku memang suka mengumpul baju kurung pun. Senang boleh bawak pergi kelas ataupun pergi kenduri. Belilah baju kurung moden yang fesyen macam mana pun, akhirnya aku tetap akan pilih baju kurung biasa dan jugak baju kurung Pahang. Pada aku lebih selesa dan tak terlalu menonjol sangat dan nampak sopan je.

Nampak sangat ayu Rozita Che Wan ni... Suka...
Baru tengok Wanita Hari Ini tadi. Ermm, ada yang cakap baju kurung dah semakin ditinggalkan dan pakai baju kurung ni nampak macam kampung. Aku tak setuju langsung ok! Aku tengok ramai je lagi yang pakai baju kurung. Dan, baju kurung cotton memang tengah in sekarang ni. Dulu, nenek-nenek je yang pakai baju kurung cotton kan, or buat baju kedah pakai dengan kain batik. Tapi, sejak 2,3 tahun lepas, baju kurung cotton dah naik balik tapi of courselah dengan corak yang lebih moden sesuai dengan zamanlah kan.
Ok, so senang cakap, baju kurung tu takkan lapuk ditelan zaman. Betul tak? Mak aku selalu cakap macam tu. Hehe.

Macam ni pun boleh... alahai comelnya Lisa ni... 
Hujung minggu ni aku nak pergi Jln TAR pulak. Nak cari baju raya kat sana. Harap-harap ada yang berkenan. Sebab kat sana lebih banyak pilihan dan lebih murah kalau nak compare dengan PKNS. Cuma, kena bersedia mental dan fizikal untuk bersesak-sesak jelah. Haisshh... Takpe aku sanggup. Muahahaha...

Gambar...... takde motif pun! Huahuahua...

Oklah uols. Sudah-sudahlah tu aku membebel. Hehe. Sumber gambar: Google.

Tata. Terima kasih sebab baca.

Cubaan Kedua Dari Tangan Seniku Yang Keras

Hello uols!

Malam ni entahlah kenapa aku tak mengantuk langsung. Huhu. Hati ni macam tak berapa nak sedaplah. Huuu... So, sebab malas sangat nak layan hati ni, aku pun trylah lagi sekali mendoodle. Hek..hek..hek.. Sebelum tu aku berblogwalking dulu cari tutorial doodle yang senang. Aku try buat ikut tutorial dari Istana Cinta. Kali ni aku try pakai photoscape pulak pastu warnakan pakai paint. Al-maklumla... tak de photoshop. Dari hari tu aku download tapi tak boleh install. Tak taulah kenapa.

So, nak tengok tak hasilnya? Wuuu... Tak comel pun tau! Lagi 1, tolong jangan tanya aku, aku lukis doodle lelaki ke doodle perempuan. Sebab............... aku pun konpius jantina dia! Muahahaha... Mula-mula nak lukis doodle lelaki, tapi bila aku tengok banyak kali asal dah macam perempuan pulak doodle ni. Eh! Tapi bukan maknyah ok! Hik..hik..hik...


Ni lah doodle hasil tangan aku yang super duper keras ni! Muahaha. Bolehlah kan? Comel jugak kan? Hehehehe... Tapi, yang tak boleh blahnya, tang tangan dengan kaki. Maaplah ye. Saya memang belum reti lagi nak lukis jejari tangan dengan kaki tu. Maka, jadilah tangan dan kaki bulat-bulat comel macam Doraemon tu. Kih..kih...kih...

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab tengok doodle aku yang comel ni! (Walaupun korang cakap tak comel, di hati aku dia tetap comel tau! Wakakaka)

Mengidam Pulak Malam Ni

Hello uols!

Adeeii... Kenapa ni.. Kenapa lidah ni terasa-rasa something ni? Air liur rasa nak meleleh ni? Haisshh... Tengah-tengah malam ni boleh pulak aku mengidam nak makan nasi goreng. Tapi, nasi goreng ni bukan nasi goreng yang biasa-biasa. Nasi goreng ni sangat sedap ok! Lagi sedap dari nasi goreng RM13.90 yang aku makan kat Naili's Place hari tu. Nasi goreng ni buatkan aku teringat kat masakan mak dan arwah nenek. Huhu.

Ok dah malas aku nak panjang-panjang cerita. Kang korang tido pulak kan. Hehe. Sebenarnya macam ni, hari tu lepas aku habis 1 event kat UiTM tu aku pergilah berenjoy sikit-sikit dengan kawan-kawan aku. Yelah, tu jelah last nak hangout pun sebelum bulan puasa dan sebelum start sem depan. Mula-mula kitorang pergi mengasah tekak dan mengasah bakat menyanyi kitorang yang terpendam dulu. Lepas tu, baru pergi cari makan. Hehe.

Tempat makan kali ni, sekali lagi Pantai Remis, Kuala Selangor. Tapi, kedai lainlah. Aku tak pernah try lagi kedai ni. Kedai biasa je. Warung kampung je. Tapi, ramai sangat orang kat situ. Sebabkan orang yang ramai tu lah kitorang decide makan kat kedai ni. Dahlah betul-betul depan laut! Best sangat angin laut time senja tu!

Sunset view...
Tapi, menu makanan kat sini taklah banyak. Yelah, kawasan kampung kan. So, kitorang pun orderlah nasi goreng udang dengan nasi goreng kampung, plus kerang bakar dengan ikan terubuk bakar. Nasi goreng dia memang terangkat beb! Tak terkira udang dia. Punyalah banyak. Dahlah murah! Kerang bakar die biasa-biasa je. Tapi, ikan terubuk dia memang terangkat jugak! Sedap gila. Aku rasa dia baru 5 minit pergi tangkap ikan tu kat laut kot! Muahahaha. Manis sangat isi dia dan sangatlah fresh. Memang terbaik sangat. Tak kisahlah walaupun ikan tu penuh dengan tulang pun! Habis licin ikan tu kitorang kerjakan. Hik...hik..hik.. Ok, jom layan gambo pulak. Heeee... =))

Dengan kawan baik saya... Fara Farhana.. =))

Kerang bakar

Nasi goreng udang... errkkk... meleleh air liur aku! Sedapnyaaaa....

Dengan.... eh! Laa... Fara lagi rupanya... hik3..

Dengan Min... orang cakap muka kitorang macam adik beradik... owh... tolonglah korang cakap bukan!
Tapi, aku lupa ambik gambo ikan bakar tu la. Sigh~ Dan jugak gambo dengan sorang lagi kawan aku. Kalau dia takde memang kitorang tak sampai kat sini... Kak Gee. Aiseh... Sori kak! Gambo akak takde pulak. Huhuhu... 

Oklah, tu je yang aku nak bagitau malam ni. Motifnya adalah, aku mengidam nasi goreng tu! Muahahaha.... Entah bila boleh pergi lagi. Huuuu.... =(

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab baca.

Sunday, August 7, 2011

Segmen Wanie: Doodle Raya Free

bannersegmenwanie.png (934×397)

Yeayy... macam best je segmen ni! Siapa tak nak doodle free kan! Mana tau murah rezeki aku... Hehe.. Jomlah join sebelum tarikh tutup malam ni. Cepat-cepat klik sini!

a) Ermm... untuk warna doodle tu kalau boleh nak warna purple, turquoise dengan putih. Hehe. 

b) Nama.... Cik Nora

c) Aksesori kat tangan..... errmmm... kalau pegang ketupat mesti comel! Heee.... =))

Oklah tu saja. Weeeee~

Saturday, August 6, 2011

Saat Aku Ditalkinkan



Assalammualaikum wr wb
Sebak dada bila membaca ni....but its good ...Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah... Kredit to http://syurita.blogspot.com

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.


Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...