Wednesday, December 28, 2011

Friday, December 23, 2011

Makan-makan Episod 8: Lala Seafood Kg. Baru

Hello uols! Dan Assalamualaikum.

Sempena tengahari Jumaat yang mulia ni, sekali lagi aku nak update pasal episod makan-makan aku. Hehe. Biasalah Cik Nora dan makanan tak dapat dipisahkan. Hik..hik..hik..

Ok, enough dengan introduction tu. Sekarang direct to the point. Tempat makan yang aku nak suggest kali ni sekali lagi kat Kg.Baru. Well, Kg. Baru tu memang syurga makanan kan! Banyak gila tempat makan best kat sana. Actually, banyak kali dah aku dengar pasal restoran ni dan memang dah lama pasang niat nak pergi makan kat sana. Akhirnya tercapai jugak impian aku. Hehe. Entri kali ni aku nak suggestkan Restoran Lala Seafood, Kg. Baru. Senang je nak cari. Dia bertentangan dengan Masjid Kg.Baru. Jalan menghala ke arah wad pediatrik HBKL, bukan ke KLCC tau. Tapi kena perhatikan betul-betul takut terlepas pandang sebab restoran tu design dia adalah rumah papan. Cantik tau!

Ni lah rumah tu! Kalau tak perasan, memang tak sangka pun ni adalah restoran. 
Makanan kat sini masakan panas ala Thai. Masa aku datang ni nasiblah tak terlalu ramai customer. Kawan aku cakap selalunya kat sini penuh gila. Kitorang order biasa-biasa je. Tomyam, kailan ikan masin, lala masak pedas, sotong goreng tepung. Menu biasa tapi superb! Memang sedaplah semua menu dia tu. Yang paling aku tak boleh lupa, sambal belacan dia. Perrghh... Meleleh ayaq mata! Pedas! Tapi aku kan suka pedas, so aku sukalah. Hehe.

Sotong goreng tepung

Tomyam... nyummmeehhh...!

Kailan ikan masin...

Lala masak pedas.. sedap!

Sambal belacan yg sgt hot!! ;P
Lepas dah habis makan tu, kitorang pun orderlah desert pulak. Ok, desert yang kitorang ambil ni memang sangat terbaik. Aku memang dah lama mengidam. Tapi yang ni adalah yang paling baik pernah aku makan. Manis, masin, lemak dia semua cukup. Thumbs up!

Pulut mangga... sedap! (sambil telan ayaq liuq)
Aku rasa lepas ni aku pergi lagi restoran ni aku nak order pulut mangga dia je. Hehe. Adoi, teringin dah aku ni. Sedapnya!!!... Oklah uols sampai sini dulu aku taip entri yang kedua untuk hari ni. Balas dendam lama tak update.. Heee.. Sebelum tu, thanks untuk Alin, Aim dan Bida sebab diorang dapatlah akhirnya aku makan kat sini. ;P

With Bida yang comel!

Tata uols! Terima kasih sebab baca. Salam.

I'm Back! Dan Ombak Rindu... ;P

Hello uols! Dan Assalamualaikum w.b.t.

Cik Nora dah kembali! Yeaahh.. Mintak maaf sangat-sangat dan banyak-banyak dekat uols semua sebab aku dah lama sangat-sangat tak update. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menjenguk dan follow aku walaupun takde entri baru. Minta maaf lagi sekali ye. Urusan aku kat dunia nyata terlalu banyak sampaikan aku tak sempat-sempat nk update. Sekarang ni aku dah free sikit sebab dah study week. Study week aku yang terakhir sebagai student! Weee... Cuma tinggal siapkan thesis dan jawab final exam je. Hehe. Disebabkan thesis tu la hidup aku huru hara dan sedikit busy ye uols. Minta maaf lagi sekali tau.

Sebagai permulaan nak ulas sikit pasal filem Ombak Rindu ni. Dari hari tu lagi aku nak update pasal Ombak Rindu. Tapi tak update-update pun. Ahh... lantaklah walaupun korang cakap aku dah ketinggalan. Tak kisah. Hehe. Oklah, aku tengok filem ni lama dah sebenarnya. Tengok masa hari ke-3 tayangan. Serius susah gila nak dapat tiket! Sampaikan aku beli tiket sehari lebih awal. Tu pun, banyak dah seat yang habis! Masa tu memang macam OMG! Ramainya orang nak pergi tengok filem ni sampaikan aku sendiri excited terlebih. Hehe.

First sekali sebelum aku pergi tengok, aku memang tak nak compare langsung cerita tu dengan novel. Serius! Sebab takut frust macam Lagenda Budak Setan. So aku pun anggap aku tak pernah baca novel. Hehe. Tapi, memang bestlah Ombak Rindu ni! Memang menusuk terus ke jantung. Hehe. First time aku menangis dalam wayang sampai basah tudung aku. Memang sedih gila filem ni. So memang tak rugi langsung aku pergi tengok.  Filem melayu paling berbaloi... ;P

Sebelum berakhirnya entri aku ni aku nak letak gambar dulu. Hehe. Gambar masa pergi tengok Ombak Rindu dgn Fara dan Aini. Thanks Fara Aini sebab meluangkan masa berhangout bersama-sama. Walaupun memasing busy gila dah nak hujung sem termasuklah aku dan thesisku yang tersayang tu. Hik3. Memang kalau dengan diorang ni rasa best sangat! Tak cukup je masa tu. Hehe. Sayang korang! ;P








Mintak maaf ye kalau gambar tak berapa nak clear. Oklah uols. Sampai sini dulu ye. Nanti aku update lagi. Banyak story yang dah lama aku simpan nak  cerita kat uols ni. Hehe.

Tata uols! Salam. =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...