Thursday, June 16, 2016

Changes Of Life

Assalamualaikum w.b.t.

Ada lagi ke followers Cik Nora ni? Hehe.. Sedar tak sedar, rupanya dah 4 tahun tak update blog ni. Selalu rinduu nak update, tapi sebab kekangan masa dan asyik bertangguh, maka jadilah sampai 4 tahun. Hehe..

Yelah, dulu zaman student, jadi sibuk macam mana pun tetap ada masa jugak untuk diri sendiri. Sekarang ni, bila dah sibuk kerja, masa untuk diri sendiri memang takde.

Tapi, insyaAllah disebabkan minat nak menulis, Cik Nora tetap akan cuba update blog dengan lebih kerap lepas ni. Basically, nak share tentang travel pulak lepas ni. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

Stay tune.. :)


Tuesday, January 17, 2012

Jahilnya Diri Ini

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru je tengok video ni kat youtube tadi. Video yang sangat bagus dan sangat memberikan kesan pada diri yang sangat jahil ini. Betapa selama ni aku selalu lalai dan selalu melupakan-Nya. Bila dengar bunyi azan tu, jarang nak terus bangun dan solat. Mesti nak bertangguh-tangguh. Huhu. Perkara duniawi yang lebih diutamakan berbanding dengan diri-Nya yang sepatutnya paling terutama dalam segala hal. Lemahnya aku dengan bisikan syaitan.

Semoga dengan perkongsian video dapat juga memberikan manfaat. Mungkin ada yang belum pernah tengok lagi kan. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa video yang durationnya 4 minit lebih ni susah betul aku nak tengok, tapi tengok movie berjam-jam boleh pulak kan. Haih... Itulah, akibat terlalu leka dan lalai. Ye, aku memang sangat jahil. Dan aku juga tak nak terus hidup dalam kejahilan lagi. InsyaAllah. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.






"Sampaikanlah walau sepotong ayat"

Terima kasih sebab baca. Salam.

Tuesday, January 10, 2012

I Love Books!

Hello uols dan Assalamualaikum

Yuhhhuuuu.... Hari ni Cik Nora sangat-sangat hepi. Hehe. Tau kenapa? Sebab baucar buku dah boleh ambik dah UiTM aku ni. Hehe. Aku apalagi. Terusla pergi shopping buku. Hik3...

Aku rasa aku untung sebabnya, aku dah last sem. So, aku tak perlu fikir lagi nak simpan baucar tu umtuk beli buku sem depan. Ngeh3... Best2...

Kat bawah buku-buku termasuk terjemahan al-quran yang aku beli. Belum tambah dengan stationeries lagi. Total semua baru RM100. Weehuuu... Banyak gila ok boleh beli dengan baucar RM200 tu. Ada lagi baki RM100 untuk aku shoping lagi nanti. hehehe.... =P


Akhirnya dapat beli jugak tafsir al-quran ni...=)




Dan jugak buku ust. Fatimah Syarha... =))


Lagi novel Hlovate yg orang cakap best sangat tu!


Dan akhirnya.... taraaa... I love baking so much!!!!!

Oklah uols! Tata. Terima kasih sebab baca. Salam.

p/s: REZEKI JANGAN DITOLAK.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...