Hello uols! Dan Assalamualaikum.
Sempena tengahari Jumaat yang mulia ni, sekali lagi aku nak update pasal episod makan-makan aku. Hehe. Biasalah Cik Nora dan makanan tak dapat dipisahkan. Hik..hik..hik..
Ok, enough dengan introduction tu. Sekarang direct to the point. Tempat makan yang aku nak suggest kali ni sekali lagi kat Kg.Baru. Well, Kg. Baru tu memang syurga makanan kan! Banyak gila tempat makan best kat sana. Actually, banyak kali dah aku dengar pasal restoran ni dan memang dah lama pasang niat nak pergi makan kat sana. Akhirnya tercapai jugak impian aku. Hehe. Entri kali ni aku nak suggestkan Restoran Lala Seafood, Kg. Baru. Senang je nak cari. Dia bertentangan dengan Masjid Kg.Baru. Jalan menghala ke arah wad pediatrik HBKL, bukan ke KLCC tau. Tapi kena perhatikan betul-betul takut terlepas pandang sebab restoran tu design dia adalah rumah papan. Cantik tau!
|
Ni lah rumah tu! Kalau tak perasan, memang tak sangka pun ni adalah restoran. |
Makanan kat sini masakan panas ala Thai. Masa aku datang ni nasiblah tak terlalu ramai customer. Kawan aku cakap selalunya kat sini penuh gila. Kitorang order biasa-biasa je. Tomyam, kailan ikan masin, lala masak pedas, sotong goreng tepung. Menu biasa tapi superb! Memang sedaplah semua menu dia tu. Yang paling aku tak boleh lupa, sambal belacan dia. Perrghh... Meleleh ayaq mata! Pedas! Tapi aku kan suka pedas, so aku sukalah. Hehe.
|
Sotong goreng tepung |
|
Tomyam... nyummmeehhh...! |
|
Kailan ikan masin... |
|
Lala masak pedas.. sedap! |
|
Sambal belacan yg sgt hot!! ;P |
Lepas dah habis makan tu, kitorang pun orderlah desert pulak. Ok, desert yang kitorang ambil ni memang sangat terbaik. Aku memang dah lama mengidam. Tapi yang ni adalah yang paling baik pernah aku makan. Manis, masin, lemak dia semua cukup. Thumbs up!
|
Pulut mangga... sedap! (sambil telan ayaq liuq) |
Aku rasa lepas ni aku pergi lagi restoran ni aku nak order pulut mangga dia je. Hehe. Adoi, teringin dah aku ni. Sedapnya!!!... Oklah uols sampai sini dulu aku taip entri yang kedua untuk hari ni. Balas dendam lama tak update.. Heee.. Sebelum tu, thanks untuk Alin, Aim dan Bida sebab diorang dapatlah akhirnya aku makan kat sini. ;P
|
With Bida yang comel! |
Tata uols! Terima kasih sebab baca. Salam.
2 comments:
weeeee
bessshhh
kat area kg baru mang byk tmpat mkn besss :))
aimie... bestkan! mmg syurga makanan... hehe... =))
Post a Comment