Tuesday, January 17, 2012

Jahilnya Diri Ini

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru je tengok video ni kat youtube tadi. Video yang sangat bagus dan sangat memberikan kesan pada diri yang sangat jahil ini. Betapa selama ni aku selalu lalai dan selalu melupakan-Nya. Bila dengar bunyi azan tu, jarang nak terus bangun dan solat. Mesti nak bertangguh-tangguh. Huhu. Perkara duniawi yang lebih diutamakan berbanding dengan diri-Nya yang sepatutnya paling terutama dalam segala hal. Lemahnya aku dengan bisikan syaitan.

Semoga dengan perkongsian video dapat juga memberikan manfaat. Mungkin ada yang belum pernah tengok lagi kan. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa video yang durationnya 4 minit lebih ni susah betul aku nak tengok, tapi tengok movie berjam-jam boleh pulak kan. Haih... Itulah, akibat terlalu leka dan lalai. Ye, aku memang sangat jahil. Dan aku juga tak nak terus hidup dalam kejahilan lagi. InsyaAllah. Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.






"Sampaikanlah walau sepotong ayat"

Terima kasih sebab baca. Salam.

Tuesday, January 10, 2012

I Love Books!

Hello uols dan Assalamualaikum

Yuhhhuuuu.... Hari ni Cik Nora sangat-sangat hepi. Hehe. Tau kenapa? Sebab baucar buku dah boleh ambik dah UiTM aku ni. Hehe. Aku apalagi. Terusla pergi shopping buku. Hik3...

Aku rasa aku untung sebabnya, aku dah last sem. So, aku tak perlu fikir lagi nak simpan baucar tu umtuk beli buku sem depan. Ngeh3... Best2...

Kat bawah buku-buku termasuk terjemahan al-quran yang aku beli. Belum tambah dengan stationeries lagi. Total semua baru RM100. Weehuuu... Banyak gila ok boleh beli dengan baucar RM200 tu. Ada lagi baki RM100 untuk aku shoping lagi nanti. hehehe.... =P


Akhirnya dapat beli jugak tafsir al-quran ni...=)




Dan jugak buku ust. Fatimah Syarha... =))


Lagi novel Hlovate yg orang cakap best sangat tu!


Dan akhirnya.... taraaa... I love baking so much!!!!!

Oklah uols! Tata. Terima kasih sebab baca. Salam.

p/s: REZEKI JANGAN DITOLAK.......

Sunday, January 8, 2012

Kenapa masih ramai orang yang pandang rupa?

Hello uols dan Asslamualaikum...

Selamat hari Ahad. Waahh... kejap je masa berlalu. Dah minggu kedua bulan Januari dah pun. Sekarang ni aku memang tengah busy siapkan thesis aku. Lagi sikit je. InsyaAllah malam ni siaplah. Weehuuu.. Bestnya! So, curi masa sikit nak update blog aku ni. Hehe.

Terus pada tajuk. Aku fikir zaman moden macam sekarang ni takdelah orang yang still pandang rupa lagi. Well, manusia semakin moden semakin open minded. But actually, masih ramai lagi yang pandang rupa. Aku pun tak tahu kenapa. Tahu tak kenapa aku tetiba terfikir sebab benda ni? Sebabnya tadi masa tengah layan lagu-lagu Adele kat You Tube, banyak komen-komen negatif tentang diri dia yang agak gemuk tu.

Owh guys! Tolonglah! What's wrong dengan badan dia yang gemuk? Walaupun dia gemuk, suara dia power sangat-sangat ok! Kau badan cantik pun, kau ada suara macam dia? Nan haaaddoooo kan????? So, tak perlulah nak kutuk-kutuk dia sangat. Badan gemuk boleh kurus, suara kalau dah tak sedap, buatlah apa pun memang takkan sedap. Muehehehehe....

Pada aku semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Rupa tu belakang cerita. Setiap makhluk ciptaan Allah memang cantik. Kita sendiri ciptaan Allah dan kita langsung takde hak nak mempertikaikan setiap ciptaan-Nya.

Sampai sini jelah dulu entri aku kali ni. Nak kembali menyiapkan thesis aku yang tersayang ni. Hehe. Sambil melayan lagu-lagu Adele. Yeahhh.... she's the best yawww.... No one can compete her with her outstanding talent!




Tata uols! Terima kasih sebab baca. Salam. 

Thursday, January 5, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hello uols dan Assalamualaikum

Rasanya belum terlambat lagi kan aku nak ucap Selamat Tahun Baru. Hehe. Kalau lambat pun ada aku kisah. Tetap nak wish jugak. Heee...

Ok, sedikit summary kehidupan aku tahun 2011. 2011 tahun yang sangat dan teramat sibuk bagi aku. Tak banyak sangat yang jadi kat aku. I'd been very busy with my study uols. Final year katakan. Busy with final year project. Hidup aku kelas... lab... kelas... lab... Penat! 

Tapi, tahun 2011 jugak aku dah kehilangan someone yang amat aku sayangi. Arwah makcik aku yang aku panggil Uteh. Dia bukan semata-mata seorang makcik bagi aku. Dia pengganti kepada arwah mama. Tapi, Uteh dah kembali ke rahmatullah bulan April 2011. Di saat-saat lagi 2 minggu aku nak final exam dan sehari sebelum aku test. Huu... Sedih tak perlu nak cakaplah. Memang mula-mula rasa down. Tapi, bila aku rasa down aku cepat-cepat teringat pesan Uteh. Uteh cakap study setingi-tinggi yang boleh. Dapat good result then lepas tu baru orang akan respect kita. Cerita penuh klik sini!

Untuk tahun 2011 tu jelah yang jadi dalam hidup aku. Yang lain ok-ok saja. 

Untuk 2012 pulak, azam aku tahun ni yang paling penting nak habiskan degree aku dengan jayanya. Ok, dalam masa tak sampai sebulan, InsyaAllah aku akan habis final exam dan jugak final year project. Tak sabar rasanya. Tapi, ada jugak kadang-kadang rasa sedih nak habis belajar ni. Sebab aku tak tahu lagi macam mana kehidupan aku lepas belajar ni.

Azam aku yang kedua nak dapatkan kerja. InsyaAllah. Aku ada apply beberapa tempat. Tapi tak tahulah rezeki aku kat mana nanti kan. 

Yang ketiga, nak kumpul duit beli aset. Hehe. Aset apa biarlah rahsia dulu. Keh3...

Yang keempat dan yang setiap tahun aku berazam... nak kuruskan badan. Hik3... Yang ni harap-harap boleh tercapai. Asyik fail je setiap tahun. Adeeiiii.... =((

Ok, tu jelah azam-azam aku. Azam korang macam mana pulak?

Tata uols! Terima kasih sebab baca. Salam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...