Thursday, September 29, 2011

2012... Bersediakah kita?

Hello uols! Dan Assalamualaikum...



Planet X @ Nibiru
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012. 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. 

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah. 

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya:
"Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)


Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt merungkai persoalan samada benar atau tidak. Yang penting kita harus mempersiapkan diri dari sekarang. Huhu.. Bersediakah kita? 

Sumber: Facebook

Cinta Yang Buta

Hello uols! Dan Assalamualaikum...

Ini entri pertama aku pasal cinta. Muahahaha.. Tak pernah-pernah aku tulis pasal cinta kan. Entah kenapa tetiba rasa nak tulis pasal cinta pulak pagi-pagi ni.


Betul ke cinta tu buta? Kenapa ye orang selalu cakap cinta tu buta? Errmm... ada betul jugak kot. Sebab cinta ni tak mengenal siapa. Cinta tu boleh terjadi dengan macam-macam cara. Cinta dengan lelaki yang jauh lebih tua itu normal dan selalu terjadi. Cinta dengan lelaki yang jauh lebih muda pulak itu pun normal jugak cuma kurang terjadi. Cinta antara anak murid dengan cikgu, cinta antara bos dan pekerja, cinta antara benua @ bangsa, cinta selepas nikah, cinta mukabuku dan macam-macam lagilah. Yang penting semua tu cinta. Tapi, janganlah sampai cinta tu boleh membutakan hati dan jugak membutakan mata kita. Sebab cinta tu suci. Jangan kotorkan kesucian cinta tu dengan hati yang buta.

Tapi, cinta tu memang tak mengenal siapa. Kadang-kadang hari ni kita rasa benci sangat dengan orang tu, tapi tetiba esok kita bercinta pulak dengan dia. Kadang-kadang kita rasa tak mungkin kita akan ada perasaan dengan dia. Mungkin sebab dia tu lebih tua @ muda dari kita, atau dia tu orang yang tak sepatutnya tapi perasaan tu kalau nak timbul, timbul jugak. Macam mana tu?

Macam mana pulak kalau orang tu orang yang salah? Contohnya dia milik orang lain? Haa... Yang ni bahaya. Yang ni nak tak nak kita kena buangkan perasaan tu. Tapi bukan senang nak lupakan orang kan? Takpe, dengan usaha yang berterusan dan doa yang tak putus-putus pasti kamu mampu untuk buang perasaan yang salah tu. InsyaAllah. Yang penting jodoh tak kemana.

Semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik dan kekal hingga ke syurga.

"Jika inginkan yang soleh... Jadilah yang solehah"


Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Thursday, September 15, 2011

Warna Dan Personaliti Wanita

Hello uols dan assalamualaikum.


Entri kedua untuk hari ni. Korang tahu tak yang sebenarnya warna yang kita suka tu boleh melambangkan perwatakan diri kita. Sebenarnya bukan warna je kot. Semua benda yang kita suka dapat melambangkan diri kita. Biasalah, lain orang lain citarasa kan. So, kali ni aku nak bagitahu maksud di sebalik warna yang kita suka.. pssstt: maaf ye untuk gadis saja. Hehe... Nanti bolehlah bagi feedback betul ke tak ek... Hehe...


MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

p/s: Kalau suka warna-warni macam mana pulak ek... hehe.. habis bermacam-macam personaliti ar aku ada... kih3...

Oklah uols. Tata. Terima kasih sebab baca. 

Sumber:: Facebook

Makan-makan Episod 7: The Manhattan Fish Market

Hello uols dan assalamualaikum.

Hai korang! Lama kan aku tak update blog. Ngeh...ngeh..ngeh... Biasalah, aku dah start semester baru, so masa untuk blog dah agak kurang. Minggu ni aku sangat busy. Pagi-pagi lagi dah keluar rumah, tengah malam kang baru balik rumah. So, bila dah macam tu badan pun penat nak bukak blog pun tak larat. Mintak maaf ye semua. Kepada yang datang singgah sini terima kasih sangat-sangat ok!

Ok, kali ni aku nak suggest kat korang 1 lagi tempat makan yang best. The Manhattan Fish Market. Aku pergi semalam kat Jusco Bukit Tinggi. Actually, ni pun baru kali kedua aku pergi. Hehe. Ok, jom tengok gambar dulu ye. Dengan harapan dapat membuatkan korang semua terliur terlebih dahulu. Hik..hik...hik...

Menu dia...

Asal terbalik ni? Haissh.. lantakla... hehe...

Dengan Min...

Dengan Min lagi... table die cantek! 
Kali ni kitorang makan ambil set terus. Senang. Murah pun murah. Set dia sekali dengan ice lemon tea dan soup of the day. Soup dia memang mabeles! Sedap! Tapi tak tahulah kenapa aku tak mampu jugak nak habiskan soup tu. Hehe... 


Soup of the day.... mushroom soup.... sedap!

Ice Lemon Tea... memang termasuk dalam set....
Aku rasa untuk ambil set ni, masa lunch je kot. Sebab sebelum ni aku pergi takde pun set. Semua ala carte. Aku dengan Min ambil Char Grilled Dory, Bobby pulak Baked Fish apa entah... Lupa pulak nama dia. Tapi, yang paling sedap dan ramai orang suka rasanya Flaming Seafood Platter dia kot. Tapi, kali ni aku pergi tak order. Sebab agak kekurangan budget. Kih...kih..kih.. 

Aku dengan Min punya makanan... Set sekali dengan nasi. Aku suka nasi tu!

See! Terliur tak? Ish3... Meleleh dah air liur tu! ;P

Perrgghh... aku lapar balik!

Bobby punya... Baked fish... Sedap! Dia punya bau herba tu... memang pergghh... buatkan aku  terus nak terkam ikan tu! hehehe...

Lagi......

Bobby dah kebuluran ni..
Lepas tu, kitorang order dessert pulak. Desser dia pun not bad jugak. Tiramisu tu serius super duper sedap!

Brownies with ice cream...

Tiramisu... terbaik!!
Lagi 1 benda yang aku nak suggest kat korang. Aku ni kalau pergi Jusco je, mesti nak beli Tako Tao. Tahu tak Tako Tao tu apa? Meh tengok gambar dulu......

Nampak itu kotak???

Tadaaa!!! Ni lah Tako tao! Sedap!
 Tako Tao ni macam pegedil kot... Dia kentang lecek, pastu kat dalam tu ada isi macam sotong ke udang ke. Aku suka ambil chicken with cheese. Pastu dia grilled atas api, letak sos dengan apa entah macam rumpai laut kot, makan panas-panas. Memang..... perrrgggghhhh!! Terbaik! Tapi kalau dah sejuk, kurang sedap sikit kot.

Pergi bertiga...

Tata korang!!! Heee... 

Oklah uols! Tata. Terima kasih sebab baca.

Thursday, September 8, 2011

Spontaneous Thursday #5

Orang Yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' mereka kerana mereka tahu dengan izin Allah kelak mereka akan berjabat tangan dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut...



Wednesday, September 7, 2011

Sampai Menutup Mata




Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi






Monday, September 5, 2011

Review Filem Hantu Bonceng

Hello uols! Dan Assalamualaikum..


Fuhh.... 8 hari aku menginggalkan blog ni. Gara-gara sibuk beraya. Hehe. Sekarang rutin harian dah jadi normal balik. Owh.. boringnya.. Ok, dah lama tak buat review filem ni kan. Kali ni nak review filem Hantu Bonceng. Aku tengok cerita ni masa raya ke-3 hari tu. Hehe. Time raya pergi tengok wayang. Gitulah kalau takde kampung kan.

Cerita ni dilakonkan oleh Zizan sebagai watak utama (korang pun mesti tahu kan) dan Juliana Evans sebagai hantu tu. Juliana Evans ada pegang dua watak sebenarnya sebab dia ada kembar dalam cerita ni. Selain tu, ada jugak Jue Aziz, Taiyuddin Bakar dan Dottie dan Cat Farish.

Cerita ni pada aku best jugaklah. Lawak memang lawak ar tengok Zizan tu. Pelakon-pelakon yang lain pun best dan pandai bawak watak diorang dengan baik. Memang aku gelak tak hengat dunia dalam panggung hari tu. Hehe. Hantu dia pun boleh tahan seram jugaklah. Aku pantang sikit part-part terkejut hantu muncul tetibe ni. Memang aku manjerit ar dalam panggung tu. Hik..hik..hik...

So, kesimpulannya aku bagi cerita ni 4 bintanglah. Berbaloilah jugak. Takdelah rasa duit tu lebur dan melayang-layang di udara bila tengok cerita ni. Hehe.

Seram....

Scene yang paling best sekali... =))

p/s; sedang menunggu filem Raya Tak Jadi keluar panggung. Trailer dia sangatlah lawak. Hehe. 

Oklah uols. Tata. Terima kasih sebab baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...