Thursday, September 29, 2011

Cinta Yang Buta

Hello uols! Dan Assalamualaikum...

Ini entri pertama aku pasal cinta. Muahahaha.. Tak pernah-pernah aku tulis pasal cinta kan. Entah kenapa tetiba rasa nak tulis pasal cinta pulak pagi-pagi ni.


Betul ke cinta tu buta? Kenapa ye orang selalu cakap cinta tu buta? Errmm... ada betul jugak kot. Sebab cinta ni tak mengenal siapa. Cinta tu boleh terjadi dengan macam-macam cara. Cinta dengan lelaki yang jauh lebih tua itu normal dan selalu terjadi. Cinta dengan lelaki yang jauh lebih muda pulak itu pun normal jugak cuma kurang terjadi. Cinta antara anak murid dengan cikgu, cinta antara bos dan pekerja, cinta antara benua @ bangsa, cinta selepas nikah, cinta mukabuku dan macam-macam lagilah. Yang penting semua tu cinta. Tapi, janganlah sampai cinta tu boleh membutakan hati dan jugak membutakan mata kita. Sebab cinta tu suci. Jangan kotorkan kesucian cinta tu dengan hati yang buta.

Tapi, cinta tu memang tak mengenal siapa. Kadang-kadang hari ni kita rasa benci sangat dengan orang tu, tapi tetiba esok kita bercinta pulak dengan dia. Kadang-kadang kita rasa tak mungkin kita akan ada perasaan dengan dia. Mungkin sebab dia tu lebih tua @ muda dari kita, atau dia tu orang yang tak sepatutnya tapi perasaan tu kalau nak timbul, timbul jugak. Macam mana tu?

Macam mana pulak kalau orang tu orang yang salah? Contohnya dia milik orang lain? Haa... Yang ni bahaya. Yang ni nak tak nak kita kena buangkan perasaan tu. Tapi bukan senang nak lupakan orang kan? Takpe, dengan usaha yang berterusan dan doa yang tak putus-putus pasti kamu mampu untuk buang perasaan yang salah tu. InsyaAllah. Yang penting jodoh tak kemana.

Semoga kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik dan kekal hingga ke syurga.

"Jika inginkan yang soleh... Jadilah yang solehah"


Tata uols! Terima kasih sebab baca.

4 comments:

stellaizz said...

cinta mmg buta

Dylla Abas said...

sebab cinta itu buta la perlukan hati yg celik utk memandunya :)

Syara Mohammad said...

true... jgn butakan mata kerana cinta.

ada pengalaman bercinta dengan lelaki yg lebih muda but honestly, dia lebih matang drpd lelaki yg lebih berusia. cuma, bukan jodoh kami. =D

C!K NoRa said...

Stella dan Dylla... yup... betul tu... ;))

Syara: wah.. yeke?? ni yg nk tny pengalaman ni! Hehe.. tp yg sbnrnye mmg bukan usia yg ukur kematangan seseorang tu.. x semestinya yg lebih tua lebih matang kan.. xpelah syara mesti jodoh syara dgn org yg lebih baik! Aminnn... =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...