Thursday, September 15, 2011

Makan-makan Episod 7: The Manhattan Fish Market

Hello uols dan assalamualaikum.

Hai korang! Lama kan aku tak update blog. Ngeh...ngeh..ngeh... Biasalah, aku dah start semester baru, so masa untuk blog dah agak kurang. Minggu ni aku sangat busy. Pagi-pagi lagi dah keluar rumah, tengah malam kang baru balik rumah. So, bila dah macam tu badan pun penat nak bukak blog pun tak larat. Mintak maaf ye semua. Kepada yang datang singgah sini terima kasih sangat-sangat ok!

Ok, kali ni aku nak suggest kat korang 1 lagi tempat makan yang best. The Manhattan Fish Market. Aku pergi semalam kat Jusco Bukit Tinggi. Actually, ni pun baru kali kedua aku pergi. Hehe. Ok, jom tengok gambar dulu ye. Dengan harapan dapat membuatkan korang semua terliur terlebih dahulu. Hik..hik...hik...

Menu dia...

Asal terbalik ni? Haissh.. lantakla... hehe...

Dengan Min...

Dengan Min lagi... table die cantek! 
Kali ni kitorang makan ambil set terus. Senang. Murah pun murah. Set dia sekali dengan ice lemon tea dan soup of the day. Soup dia memang mabeles! Sedap! Tapi tak tahulah kenapa aku tak mampu jugak nak habiskan soup tu. Hehe... 


Soup of the day.... mushroom soup.... sedap!

Ice Lemon Tea... memang termasuk dalam set....
Aku rasa untuk ambil set ni, masa lunch je kot. Sebab sebelum ni aku pergi takde pun set. Semua ala carte. Aku dengan Min ambil Char Grilled Dory, Bobby pulak Baked Fish apa entah... Lupa pulak nama dia. Tapi, yang paling sedap dan ramai orang suka rasanya Flaming Seafood Platter dia kot. Tapi, kali ni aku pergi tak order. Sebab agak kekurangan budget. Kih...kih..kih.. 

Aku dengan Min punya makanan... Set sekali dengan nasi. Aku suka nasi tu!

See! Terliur tak? Ish3... Meleleh dah air liur tu! ;P

Perrgghh... aku lapar balik!

Bobby punya... Baked fish... Sedap! Dia punya bau herba tu... memang pergghh... buatkan aku  terus nak terkam ikan tu! hehehe...

Lagi......

Bobby dah kebuluran ni..
Lepas tu, kitorang order dessert pulak. Desser dia pun not bad jugak. Tiramisu tu serius super duper sedap!

Brownies with ice cream...

Tiramisu... terbaik!!
Lagi 1 benda yang aku nak suggest kat korang. Aku ni kalau pergi Jusco je, mesti nak beli Tako Tao. Tahu tak Tako Tao tu apa? Meh tengok gambar dulu......

Nampak itu kotak???

Tadaaa!!! Ni lah Tako tao! Sedap!
 Tako Tao ni macam pegedil kot... Dia kentang lecek, pastu kat dalam tu ada isi macam sotong ke udang ke. Aku suka ambil chicken with cheese. Pastu dia grilled atas api, letak sos dengan apa entah macam rumpai laut kot, makan panas-panas. Memang..... perrrgggghhhh!! Terbaik! Tapi kalau dah sejuk, kurang sedap sikit kot.

Pergi bertiga...

Tata korang!!! Heee... 

Oklah uols! Tata. Terima kasih sebab baca.

2 comments:

Kathy Tuah said...

tengok gambar buatkan perut ni lapar balik -.-'

C!K NoRa said...

Kathy: haha... betol tu.. memang lapar bile tengok gambar ni... heee.... ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...