Thursday, April 7, 2011

Al Fatihah utk uteh tersayang....

Hai u ols....

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 5.45 pagi. Owh awalnya mek bangun kan. Hehe. Bangun awal ni sebab nak menyiapkan assignment sebenarnya. Tapi curi-curi update blog kejap. Heeee....=)

Sebenarnyakan aku masih lagi dlm keadaan berkabung. huuu... Why? Why? Why?

Kalo ada bace entri aku sebelum ni... mesti kenal siape uteh. Huhu. Uteh ni makcik aku. Tapi pd aku, die lebih daripada makcik. Die seorang ibu pada aku. Die layan aku dengan sangat baik sama mcm anak die sendiri. Uteh segalanye pd aku. She means a lot to me. Aku sayang sangat dengan uteh. Tak tau nak ckp mcm ne. Sayang seperti mane aku sayangkan mak aku.

Sebenarnya aku nak tulis entri ni dari ari tu lagi. Tapi aku tak kuat. Sekarang da ok sikit. So, bole la aku tulis serba sedikit. Mood>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>sedeyh sangat!

Hari isnin lepas (04/04/11) jam 3 petang aku dikejutkan oleh 1 mesej daripada isteri cousin aku. Mesej die macam nie:

"Mama da kembali ke rahmatullah jam 2 petang tadi"

Mase aku bace mesej tu, tak taula aku nak cakap macam mane. Terus air mata aku berjurai-jurai. Da la mase tu kt depan bilik lecturer. Aku pun terus kol kawan aku, Kak Jie mintak nak pinjam kereta die nak pegi cheras. Nasib baik kak Jie baik. Die bagi aku pinjam kereta die. Dan Min pulak, kawan aku jugak nie, dengan rela hati offer diri nak teman aku.

Mase nak drive tu sebenarnya aku tawakal je. Aku kuatkan jugak hati ni nak drive. Nak suruh min drive die tak bole plak. Lebih kurang pukul 5 aku sampai umah uteh. Mase aku tengok uteh da terbujur kaku macam tu aku terus blank. Antara percaye dan tidak. Airmata ni tak henti-henti mengalir. Aku rase dunia aku da gelap. Aku da hilang tempat bergantung. Aku hilang orang yang aku sangat sayang. Tapi sesedih aku pun, pastinya cousin aku lebih sedih lagi. Bukan mudah kita nak menghadapi kehilangan kan....

Aku kat cheras sampai pukul 9. Sepanjang mase kepala aku ligat flashback balik segala kenangan aku bersame uteh. Terngiang-ngiang segala nasihat uteh pada aku. Terbayang-bayang senyuman uteh. Teringat kali terakhir aku jumpe uteh. Yang paling aku tak bole lupe adelah mase aku melawat uteh kat umah die, uteh menghadap aku, lepas tu uteh belai2 muke aku. Uteh cakap aku ni manis sangat. Kalo bole die nak tengok aku selalu.Die taknak tengok aku menangis. Ya Allah! rindunya aku pd kenangan tu. Rindunya aku pd uteh. Tak mungkin ade pengganti uteh yg lain di hati aku.

Esoknya, lepas test mandarin aku pegi lagi cheras dgn min. Uteh dikebumikan lebih kurang pukul 12 tengahari. Ya Allah! sesungguhnye aku masih lagi antara percaya dan tidak. Saat uteh dikebumikan, aku tau, uteh tak mungkin kembali. Aku tau aku da kehilangan die buat selamanya. Tak ade lagi tempat untuk aku mengadu. Tapi, aku kena kuat! Life must go on. Dan uteh, akan kekal selamanya dalam ingatan aku. Kasih sayang yg selame nie die bagi aku akan terus kekal dlm hati aku. Semoga uteh tenang di sana.

Buat kawan-kawan yang da banyak tolong aku selama ni terima kasih. Alin, inoi, tedty antara kawan2 aku dari zaman sekolah yang tak putus2 tolong aku selama nie. Aim dan atun antara kawan2 aku yang selalu uteh sebut name diorang. Aim ni siap uteh aku bagi baju lagi kat die. Huhu. Betapa uteh aku sayangkan kawan-kawan aku jugak. Mira dan nad housemate aku yg temankan aku pegi melawat uteh. Terima kasih kawan2. Min pulak da temankan aku 2 hari waktu uteh meninggal sampaila dikebumikan. Terima kasih min. Kak jie yang da bagi pinjam kereta. Terima ksh jugak.

Terima kasih kawan2. Kerana korang, aku kuat! Walaupun uteh da tak de lagi, aku tetap mengingati uteh sampai bile2. Segale nasihat uteh aku akn ikut. Uteh selalu nasihatkan aku rajin belajar, habiskan degree cari keje bagus2. InsyaAllah uteh. Nora akan belajar bersungguh-sunguh! Terima kasih uteh atas segalanya. Nora tak sempat nak balas jasa2 uteh selama ni. I love you uteh!


Uteh dengan mama. 2 orang insan yang sangat aku kasihi, tapi mereka da kembali ke rahmatullah. Semoga mereka tenang di sana.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...