Sunday, January 8, 2012

Kenapa masih ramai orang yang pandang rupa?

Hello uols dan Asslamualaikum...

Selamat hari Ahad. Waahh... kejap je masa berlalu. Dah minggu kedua bulan Januari dah pun. Sekarang ni aku memang tengah busy siapkan thesis aku. Lagi sikit je. InsyaAllah malam ni siaplah. Weehuuu.. Bestnya! So, curi masa sikit nak update blog aku ni. Hehe.

Terus pada tajuk. Aku fikir zaman moden macam sekarang ni takdelah orang yang still pandang rupa lagi. Well, manusia semakin moden semakin open minded. But actually, masih ramai lagi yang pandang rupa. Aku pun tak tahu kenapa. Tahu tak kenapa aku tetiba terfikir sebab benda ni? Sebabnya tadi masa tengah layan lagu-lagu Adele kat You Tube, banyak komen-komen negatif tentang diri dia yang agak gemuk tu.

Owh guys! Tolonglah! What's wrong dengan badan dia yang gemuk? Walaupun dia gemuk, suara dia power sangat-sangat ok! Kau badan cantik pun, kau ada suara macam dia? Nan haaaddoooo kan????? So, tak perlulah nak kutuk-kutuk dia sangat. Badan gemuk boleh kurus, suara kalau dah tak sedap, buatlah apa pun memang takkan sedap. Muehehehehe....

Pada aku semua manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Rupa tu belakang cerita. Setiap makhluk ciptaan Allah memang cantik. Kita sendiri ciptaan Allah dan kita langsung takde hak nak mempertikaikan setiap ciptaan-Nya.

Sampai sini jelah dulu entri aku kali ni. Nak kembali menyiapkan thesis aku yang tersayang ni. Hehe. Sambil melayan lagu-lagu Adele. Yeahhh.... she's the best yawww.... No one can compete her with her outstanding talent!




Tata uols! Terima kasih sebab baca. Salam. 

1 comment:

Fasya said...

betul3x!! adele badan gemuk pun sore sedapp! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...