Saturday, October 15, 2011

Derita Merindu

Hello uols! Dan Assalamualaikum.

Entri hari ni rasanya bernada sedih sikit kot. Huhuhu... Adeii.. Aku pun tak tahulah kenapa 2,3 hari ni aku asyik teringatkan orang-orang yang aku sayang yang dah pergi. Arwah mama, ayah dan uteh. Huu.. Rindunya dengan mereka.

Rindu dengan masakan dan bebelan mama. Rindu dengan ayah yang teramat manjakan aku dan sentiasa jadi backup bila mama marah aku. Dan rindukan perhatian uteh. Uteh selalu jadi pendengar aku yang setia bila aku ada dan sentiasa bagi nasihat yang baik untuk aku. Sekarang, bila aku ada masalah aku tak tahu nak cerita dengan siapa lagi. Huu.. Sedih... 

Tapi, nasib baiklah aku sentiasa ada kawan yang membahagiakan. Weee... Sayang sangat-sangat dengan kawan-kawan aku dan aku memang taknak kehilangan diorang semua.

Ok, tu je aku nak share hari ni. Hehe. Entri yang sangat pendek di petang Sabtu sebab kejap lagi nak gerak balik ke Gombak. Last balik Gombak masa raya hari tu je. Dah sebulan lebih tak balik. Huu.. Rindu dengan Gombak.. =))

p/s: aku rindukan dia jugak.....

3 comments:

Pn. Sheila said...

rindunya kita pd mereka sbenarnya rindunya kita pd Allah... sedekahkan mereka al fatihah k...

C!K NoRa said...

Pn.Sheila.. yup.. betul tu... huhu... thanks ye.. =))

Kathy Tuah said...

semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...