Wednesday, July 13, 2011

Makan-makan Episod 5: Vivo

Hello uols!

Petang ni aku nak share 1 lagi tempat makan yang best. Semalam kawan aku Dina yang kenalkan tempat ni. Dah alang-alang kitorang pergi The Curve nak tengok movie tu, perut mestilah kena isikan.

Vivo ni ala-ala Pizza Hut lah. Ala-ala ke??? Almost 70% lebih kurang sama je. Tapi, Vivo murah sikit kot. Dan takde government tax. Hehe. Aku suka. Jimat dah 6% kalau takde government tax ni. Mula-mula sampai aku blur nak makan apa. Yang pasti aku taknak pizza sebab aku dah muak makan pizza hari-hari. So, target aku pasta. Sekali pasta pun tak tau nak pasta apa. Lagipun, tengahari semalam aku dah makan meatball bolognaise spageti dekat Pizza Hut. So, aku decide ambik chicken chop with black pepper sauce. Aku ambik dish ni sebab dia ada bagi nasi sekali. Maklumlah orang Melayu mesti nak nasi kan?? Muahahaha.

Suka black pepper sauce dia... sedaappp!!!


Yang bestnya chicken chop dia ni, ayam tu digrilled bukan goreng. So sedap dan isi dia pun lembut je. Nasi dia pun sedap jugak Heee...

Fish and chips ni Dina punya... aku tak rasa pun... rasa fries dia je... hehe

Yang ni Oriental Cheese baked rice... sedap... tapi pedas sikit....=))

Yang ni aku tak ingatla namanya... Taufik punya... sedap jugak... ke sedap sgt??? heeee....
Mr Bobby...

Mr Bobby dan Taufik...

Taufik punya air... tak ingatla nama... ape ntah tapi ada marshmallow... sedap wooo... terbaek!

Taufik menghayati air yang sedap tu... muahahaha...

Yang ni Dina punya.... Sprite with strawberi float... sedap!
Dessert.... choc volcano... Terbaek!!! Serius sangat terbaek! Sedap gila! Lagi sedap dari Pizza Hut...  Aku rasa lepas ni aku datang Vivo order menatang ni je dah cukup. Hehe. The best weh!!! 
Harga pulak macam mana ek? Pada aku harga dia biasa-biasa je. Standard kedai westernlah kan. Takkan kau nak makan pizza, pasta, cheese baked rice dengan harga RM2.50 pulak kan. Memang kerat jarilah. Hehe.

Tembamnya aku.... haaaiiiiihhhhhhhhhh.....

ni haaa bil makan 4 orang...
Ok, korang tu jelah aku nak bagitau pasal Vivo ni. Boleh ar lepas ni kalau korang boring nak makan Pizza Hut or Domino's datang sini pulak. Aku ingat satu hari nanti aku nak try dia punya pizza pulak. Ada 1 pizza yang aku berkenan. Pizza yang penuh dengan udang. nantilah bila-bila aku pergi The Curve lagi. Hehe.

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

3 comments:

Dalin said...

Allooooo.. Cik Nora... kenapa buh gambu makanan ni? dah le Dalin blogwalking memalam.. mana nak carii.. perghhh.. dah berbaldi baldi air liur meleleehh.. >.<

norsharmila said...

waaaa, nmpk sedap sgt! nk jgk..nti nk singgah la kt the curve

NoRa DaDiLLa said...

dalin.... hahaha.... mmg saje nk wat org terliur...;P

norsharmila... singgahla nanti!! make sure order choc.volcano tu tau!! sedap gile...=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...