Saturday, July 23, 2011

Makan-makan Episod 6: Naili's Place

Hello uols!

Entri makan-makan kembali lagi. Kali ni kat Naili's Place, Sentul Actually restoran ni ada jugaklah cawangan kat tempat lain. Tapi, aku tak tau pun. Hehe.

Mula-mula aku ingatkan kedai ni kedai tomyam biasa yang ala-ala masakan Thailand tu. Ditambah lagi dengan tempat dia kat kawasan perumahan kat Sentul tu. Tak berapa jauh pun dari rumah aku kat Gombak tu haa. Tapi, bila masuk je aku terus macam "Woooowww..." (nganga luas-luas, lalat masuk pun tak perasan!). Gila cantik interior dia. Environment dia pun very condusive dan tenang je. Sangat suka. Ala-ala santai gitu.

Entrance

Satu side yang menarik

Naili's bridge

Inoi! Thanks bawak makan kat sini!

Suka dengan coral kat belakang tu!

Ni sebenarnya meja ok!

Makanan kat sini pun sedap-sedap ok! Aku order Nasi Goreng Special Naili's Place, kawan aku order beef lasagna dan sorang lagi kawan aku carbonara spagethi dan side order kami wedges with melted cheese. Antara semua makanan ni, aku memang suka gila lasagna dia. Serius terbaik dari ladang! Sedap sangat-sangat yang buatkan air liur aku still meleleh sampai hari ni. Muahaha...(Tak senonoh!). Tapi nasi goreng dia pun sedap jugak. Antara nasi goreng paling sedap pernah aku makanlah. Carbonara spagethi dia pun not bad. Terasa pekat dan penuh dengan cheese. Perghh...

Menu...


Carbonara spagethi

Kiwi juice...mine...

inoi with mango juice..

Nasi goreng special... udang tu sedap gila wooo...

beef lasagna... sedap! Recommended!

wedges with melted cheese..
Harga kat sini pun not bad. Tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Tapi, aku sangat feel a huge relieved bila dia takde service charge! Ok aku suka. Sangat suka. Ni, kalau pergi fast food je service charge dah 10%. Mahal wooo....

Seriusly, sejujurnya aku akan datang lagi sini selalu sebab aku nak try semua food dia. Tapi, bila poket agak tebal ar. Kalau selalu pokai! Hehe...

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab baca.

p/s: kualiti gambar kurang memuaskan memandangkan henpon cabuk cap ayam aku punya kamera dan jugak environment yang very da romantica de amor...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...