Sunday, July 31, 2011

Kelebihan Solat Terawih

Hello uols!


Malam ni semua umat Islam dah pun start bersembahyang terawih. Alhamdulillah. Esok dah start berpuasa. Jadi, jom kita tengok apa kelebihan berterawih ni. Semoga kita lebih bersemangat nak berterawih selepas ni. (^_^)


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Sumber : hsnlife.com
Selamat berterawih semua!
Tata uols. Terima kasih sebab baca. 

Saturday, July 30, 2011

Segmen: Ben Ashaari... Gambar Terbaik

Santai Bersama BEN ASHAARI

Nak join klik sini!.

Segmen Bro Ben kali ni nak tengok gambar terbaik pulak. Ok, konpius gak nak pilih gambar yang mane ni. Sebab semua gambar aku kan terbaik. Muahahahahaha.... Sila muntah dalam toilet ok! Setelah ku fikir-fikir... ku fikir-fikir... (nada macam lagu Shaden.. hehe).... akhirnya aku pilih gambar ni... Gambar ni 100% original tangan aku yang berbakat seni (perasantan!) ni amik pakai kamera 3.2MP henpon sony ericsson aku tanpa diedit apa-apa ok! Jemputla tengok........




Gambar ni diambil dekat Empangan Batu, Sungai Tua, Batu Caves. Sesiapa yang pernah pergi Ulu Yam tu mesti pernah nampak punya. Ni tempat favorite aku untuk joging. Best gile! Serius sangat best dan tenang je joging kat situ. Masa aku amik gambar ni lebih kurang pukul 7.30 pagi. Hari tu agak mendung, awan banyak, angin kuat dan cuaca sejuk. Memang best gile! Bayangkan jelah tempat ni tinggi lepas tu dengan angin yang kuat tu memang nyaman gile rasa. Tapi, dah lama aku tak pergi sini. Rindulah pulak. Huhu. Ok lah, tu je cerita aku pasal gambar ni. Hehe. 

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Friday, July 29, 2011

Kenapa mesti bunga?

Hello uols!

Wanita dan bunga... Ermm... memang tak dapat nak dipisahkan. Orang cakap wanita tu ibarat bunga... Kenapa mesti bunga ye? Kenapa tak rumput ke... pokok ke... daun ke... atau jalan raya...erkk... ok, mengarut sudaa...

Mungkin ke sebab wanita tu cantik macam bunga?? Wangi macam bunga?? Muahahaha... (dalam hati sudah perasan lebih...kih..kih..kih). Lagi satu, kenapa mesti bunga tu lambang cinta ek? Entah... Aku tak tau apa jawapannya. Mungkin sebagai simbolik atau tradisi je kot... Huhu..

Tapi, aku tak nafikan aku suka sangat dengan bunga. Aku suka nak tanam pokok bunga dan berkebun sebenarnya. Aku suka tengok bunga. Semua jenis bunga. Cuma satu, aku tak suka orang bagi aku bunga. Maksud aku yang dalam jambangan. Sebab apa? Sebabnya aku rasa membazir sangat. Berapa lama jelah pun bunga tu boleh bertahan kan. Akhirnya bunga tu jadi bunga kering jugak.

So, kepada lelaki yang mungkin satu hari nanti ada impian nak bagi aku jambangan bunga, 3 kuntum ros ke.. ape ke... lupakan jelah.. Sebab aku lagi appreciate kalau dalam pasu. Muahaha... Pape jenis bunga pun tak kisah uols! Janji bunga dalam pasu ada tanah. InsyaAllah akan aku jaga sebaik mungkin.. Heee....=)). Macam tu lebih sweet kan? Kan? Kan? Cepat cakap kan sekarang! Muahahahaha...

Tapi, (berapa banyak tapi daa...) aku suka sangat dengan bunga orkid. Tiap kali tengok orkid aku mesti teringat kat arwah mama. Huhu. Rindunya. Sebab tu jugaklah sekarang dah tak bela orkid lagi. Belum cukup kuat. I wish one day nanti aku akan ada satu taman orkid. Waahhh... Bestnye!


   



Bunga favorite arwah mama... 

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab baca.

Saturday, July 23, 2011

Makan-makan Episod 6: Naili's Place

Hello uols!

Entri makan-makan kembali lagi. Kali ni kat Naili's Place, Sentul Actually restoran ni ada jugaklah cawangan kat tempat lain. Tapi, aku tak tau pun. Hehe.

Mula-mula aku ingatkan kedai ni kedai tomyam biasa yang ala-ala masakan Thailand tu. Ditambah lagi dengan tempat dia kat kawasan perumahan kat Sentul tu. Tak berapa jauh pun dari rumah aku kat Gombak tu haa. Tapi, bila masuk je aku terus macam "Woooowww..." (nganga luas-luas, lalat masuk pun tak perasan!). Gila cantik interior dia. Environment dia pun very condusive dan tenang je. Sangat suka. Ala-ala santai gitu.

Entrance

Satu side yang menarik

Naili's bridge

Inoi! Thanks bawak makan kat sini!

Suka dengan coral kat belakang tu!

Ni sebenarnya meja ok!

Makanan kat sini pun sedap-sedap ok! Aku order Nasi Goreng Special Naili's Place, kawan aku order beef lasagna dan sorang lagi kawan aku carbonara spagethi dan side order kami wedges with melted cheese. Antara semua makanan ni, aku memang suka gila lasagna dia. Serius terbaik dari ladang! Sedap sangat-sangat yang buatkan air liur aku still meleleh sampai hari ni. Muahaha...(Tak senonoh!). Tapi nasi goreng dia pun sedap jugak. Antara nasi goreng paling sedap pernah aku makanlah. Carbonara spagethi dia pun not bad. Terasa pekat dan penuh dengan cheese. Perghh...

Menu...


Carbonara spagethi

Kiwi juice...mine...

inoi with mango juice..

Nasi goreng special... udang tu sedap gila wooo...

beef lasagna... sedap! Recommended!

wedges with melted cheese..
Harga kat sini pun not bad. Tak terlalu murah dan tak terlalu mahal. Tapi, aku sangat feel a huge relieved bila dia takde service charge! Ok aku suka. Sangat suka. Ni, kalau pergi fast food je service charge dah 10%. Mahal wooo....

Seriusly, sejujurnya aku akan datang lagi sini selalu sebab aku nak try semua food dia. Tapi, bila poket agak tebal ar. Kalau selalu pokai! Hehe...

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab baca.

p/s: kualiti gambar kurang memuaskan memandangkan henpon cabuk cap ayam aku punya kamera dan jugak environment yang very da romantica de amor...

Friday, July 22, 2011

Underestimation... negatif thinking... perlu ke?

Hello uols!

Aduh! Lamanya tinggalkan blog ni. Sekarang ni aku tengah jadi sukarelawan untuk 1 event kat UiTM aku ni. So,  bila dah jadi sukarelawan ni haruslah duduk kat kolej kan. Bila dah tinggal kat kolej tu mestilah takde internet kan. Sob..sob..sob... Tak tenang betul rasa hati ni bila internet takde. Nak BW pun susah apalagi nak update entri kan. Ni pun kira nasib baik pagi ni wireless ni baik hati dengan aku. Hoho.

Errmmm.... topik aku kali ni underestimate people. Perlu ke? Perlu ke nak pandang rendah dekat orang lain ek? Especially orang yang kita tak kenal or baru je kenal dia.

Pernah tak korang rasa macam ni. Or kalau korang tak rasa pun, orang-orang sekeliling korang yang rasa.


  • Bila nampak orang yang macam ala-ala nerd, pakai spek tebal 30cm, rambut dah sapu dengan 1 botol brylcream, kemeja kotak-kotak - "Eh, tengok tu, nerdnya dia. Mesti lembik kan. Mesti selalu kena buli. Mesti 24 jam ngadap buku setebal 50m kan!"

  • Bila nampak orang yang tudung labuh - "Eh, dia tu mesti alim gila kan. Mesti very da conservative person, very closed minded, outdated, bla..bla...bla..."

  • Bila nampak orang yang lembut dan cantik - "Oh, so sweet... Cantiknya dia. Mesti best kalau dapat kenal dia. Muka macam baik je. (kalau girls yang cakap). Kalau guys pulak, mesti "cantiknya dia tu, best kalau dapat jadi girlfriend aku ni. Muka cantik, mesti perangai pun cantik jugak kan!"(Padahal.................)

  • Bila nampak orang yang nampak macam blur-blur, pendiam dan pemalu. - "Dia tu macam blur je. Macam bengap + lembab je. Mesti kalau bagi apa-apa kerja dia tak reti nak buat. Mesti dia sangat-sangat outdated punya person kan! Euuuwww...."

  • Bila nampak orang yang free hair, seksi kemain - "Astaghfirullah....... teruknya perangai!! Macam orang dah takde agama takde pegangan! Mesti pergi clubbing, minum arak, bagai!! Tak takut masuk neraka ke? Eiissshhh...."


Haih, perlu ke semua pandangan macam ni ek? Aku akui kadang-kadang aku pun sama terpandang negatif kat orang lain. Padahal tak kenal pun dia lagi. Mana kau tau orang tu lembab, outdated, tak reti wat keje, baik, naif kalau kau tak kenal dia lagi kan.

Pendek kata, kita kena kenal orang tu terlebih dulu. Jangan terus-terus nak judge dan hukum orang tak tentu pasal. Diri sendiri pun tak sempurna dan siapalah kita ni untuk menilai orang lain. Ingatlah, kalau kita taknak orang pandang negatif kat kita, kita pun jangan pandang negatif kat orang lain. Dunia ni kan hukum karma. What you give, you get back.



Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Wednesday, July 13, 2011

Makan-makan Episod 5: Vivo

Hello uols!

Petang ni aku nak share 1 lagi tempat makan yang best. Semalam kawan aku Dina yang kenalkan tempat ni. Dah alang-alang kitorang pergi The Curve nak tengok movie tu, perut mestilah kena isikan.

Vivo ni ala-ala Pizza Hut lah. Ala-ala ke??? Almost 70% lebih kurang sama je. Tapi, Vivo murah sikit kot. Dan takde government tax. Hehe. Aku suka. Jimat dah 6% kalau takde government tax ni. Mula-mula sampai aku blur nak makan apa. Yang pasti aku taknak pizza sebab aku dah muak makan pizza hari-hari. So, target aku pasta. Sekali pasta pun tak tau nak pasta apa. Lagipun, tengahari semalam aku dah makan meatball bolognaise spageti dekat Pizza Hut. So, aku decide ambik chicken chop with black pepper sauce. Aku ambik dish ni sebab dia ada bagi nasi sekali. Maklumlah orang Melayu mesti nak nasi kan?? Muahahaha.

Suka black pepper sauce dia... sedaappp!!!


Yang bestnya chicken chop dia ni, ayam tu digrilled bukan goreng. So sedap dan isi dia pun lembut je. Nasi dia pun sedap jugak Heee...

Fish and chips ni Dina punya... aku tak rasa pun... rasa fries dia je... hehe

Yang ni Oriental Cheese baked rice... sedap... tapi pedas sikit....=))

Yang ni aku tak ingatla namanya... Taufik punya... sedap jugak... ke sedap sgt??? heeee....
Mr Bobby...

Mr Bobby dan Taufik...

Taufik punya air... tak ingatla nama... ape ntah tapi ada marshmallow... sedap wooo... terbaek!

Taufik menghayati air yang sedap tu... muahahaha...

Yang ni Dina punya.... Sprite with strawberi float... sedap!
Dessert.... choc volcano... Terbaek!!! Serius sangat terbaek! Sedap gila! Lagi sedap dari Pizza Hut...  Aku rasa lepas ni aku datang Vivo order menatang ni je dah cukup. Hehe. The best weh!!! 
Harga pulak macam mana ek? Pada aku harga dia biasa-biasa je. Standard kedai westernlah kan. Takkan kau nak makan pizza, pasta, cheese baked rice dengan harga RM2.50 pulak kan. Memang kerat jarilah. Hehe.

Tembamnya aku.... haaaiiiiihhhhhhhhhh.....

ni haaa bil makan 4 orang...
Ok, korang tu jelah aku nak bagitau pasal Vivo ni. Boleh ar lepas ni kalau korang boring nak makan Pizza Hut or Domino's datang sini pulak. Aku ingat satu hari nanti aku nak try dia punya pizza pulak. Ada 1 pizza yang aku berkenan. Pizza yang penuh dengan udang. nantilah bila-bila aku pergi The Curve lagi. Hehe.

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Wordless Wednesday #1


First time buat wordless wednesday ni. Hehe. Gambar yang tak perlukan apa-apa penjelasan. Huu... Aku rindu...

Friday, July 8, 2011

Resipi Berhantu Cik Nora 3: Marble kek

Hello uols!

Hari ni nak share lagi satu resipi yang tersangat dan teramatlah senangnya. Pejam mata pun bole buat uols!!! Hehehe. Ni resipi ciptaan sendiri yang hentam-hentam tapi hasilnya tip-top lagi kebabooommmmm makan sekali sampai minggu depan tak lena tido. Muahahaha. Ok jom tengok senarai bahan-bahan. Resipi ni ikiut sukatan cawan ok! Tradisional sikit.. Hehehe... Confirm jadi asalkan gune cawan yang sama ok!

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum yang dah diayak
2 cawan marjerin (biasa aku guna Buttercup..)
1 cawan gula aising
3 biji telur
1 cawan susu fullcream (selalu guna Dutch Lady)
Coklat masakan
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil memukul
Masukkan esen vanilla
Lepas tu, masukkan tepung sikit-sikit sambil kacau guna pengacau ke senduk ke sudu pun bolehlah.. hehe
Masukkan jugak susu tadi tu
Masukkan adunan dalam loyang 
Lepas tu, cairkan sedikit coklat masakan.
Ambil lidi dan celup dalam coklat masakan tu, kemudian lukiskan atas adunan kek tadi tu. Nanti akan jadi macam ni haaa... Nak lukis muke sendiri pun takpe... keh3...


Lepas tu bakar dengan suhu 180C lebih kurang 20-30minit. 
Siap!!!


Tadaaa!!! Inilag kek yang da siap! Gebu gitu.... Heeeee...

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

Tuesday, July 5, 2011

Idaman Qalbuku...

Hello uols!!

Hari tu kan masa aku pergi GLC Open Day kat KLCC (klik sini) aku ada tengok diorang duk display Myvi elegance yang baru tu. Tapi, warna putih je yang dia tunjuk, warna purple dia cakap belum keluar lagi. Sigh~ Tapi takpe, putih pun putih la..

Pada aku, memang Myvi yang baru ni sangat-sangat cantiikkkk ok!!! Interior dia lawa gile.. Paling aku suka gear dekat dashboard... Walaweh.. Smart.. Tapi yang the best part mestilah sebab ada warna PURPLE kan... Hek..hek..hek... Pebret kaler aku tuh! Disebabkan Myvi keluarkan warna purple tu, tetibe semangat aku nak habiskan degree jadi meluap-luap. Sebabnya tak sabar nak habis belajar dapat keje cepat and beli Myvi tu sebijik! Muahahahaha....




Sangat ohsem interior die... hehe..



Tu je. Senang kan impian aku?? Hehe. Tak perlu kereta yang mahal-mahal. Bagi aku Myvi pun da cukup buatkan aku manusia paling bahagia dalam dunia ni. Tapi warna purple jelah. Yang lain takmo layan. Muahahaha... Ok, da stop berangan. Nak pergi lunch pulak. Korang dah lunch? Jom kita lunch! Hee...=))

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 


Monday, July 4, 2011

Persandingan Tomok & Ayu

Hello uols!

Seperti yang korang semua tau, Tomok dah pun selamat menjadi suami orang. Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya. Dorang punya reception sebelah Ayu temanya purple. Wooww... I loikkeee... Sebab mek memang suka warna purple uols!!! Sangat-sangat admire okeh dengan baju Ayu. Superb! Cantik gile! Adooii.. Ni yang nak berangan jadi pengantin jap ni! Ahaks... Jom kita tengok gambar dorang jom!



Baju dia sangat canteeekkk!!!








Alahai sweetnya....=))




Semoga berbahagia...;P


Sumber semua aku ambik dari pakcik google... heee...=))

Tata uols! Terima kasih sebab baca. 

Contest Bersama Bear


Nak join klik sini!

Hari ni nak join contest yang dibuat oleh Cik Stella ni pulak... Heee... Ade banyak gambar aku dengan bear... Konpius nak pilih yang mana. Tapi, akhirnye aku decide untuk pilih pic ni:



Ok da siap join contest ni. Jom kite join ramai-ramai... Mane tau ade rezeki kan... Heee....=))

Tata uols!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...