Tuesday, April 26, 2011

Fakta Menarik Tentang Senyum

Hello u ols! Selamat pagi!


Nak tanya ni, korang kalau bangun pagi first sekali buat apa? Menggeliat? Baling bantal? Telefon cik sayang? Ish2... Hehe. Ni ada 1 lagi tips untuk korang. Selain boleh menjadikan korang semakin positif, ianya jugak boleh jadikan korang awet muda dan happy dan ceria sepanjang hari. Hehehe. Tipsnya, bangun pagi je terus senyum. Gila? Ish..takdelah! Janganlah tersenyum macam kambing busuk pulak kan! Tips ni dah lama aku amalkan dan memang berkesan untuk buatkan kita ceria sang suria setiap hari. Hik..hik..hik.. Lagipun, senyum ni kan sebenarnya ada banyak faedah dan fakta-fakta sains yang menarik! Ok jom kita tengok satu-satu. Heeee..... (senyum lagi!!)


  • Saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan jongging dalaman yang dapat merangsang badan dan berguna kepada sistem saraf otak dan jugak hormon-hormon kita. (agak-agak boleh kurus tak? nak joging kat taman malas!)

  • Pengkaji dan pengamal perubatan barat percaya dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak faedah kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan kita turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Senyuman boleh memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. (haaa...kan da cakap da tadi...)

  • Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka tetapi ada kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang tu lebih selesa dengan diri dia sendiri. 

  • Individu yang ketawa 100 kali dalam sehari akan mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. (ok, serius suka part ni!). Sebabnya bila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ni akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

  • Kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. So, tak hairan kalau orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

  • Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

  • Senyum juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah oksigen dalam darah dan secara tak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian menujukkan bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

  • Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

  • Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik sebab melibatkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa akan 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia boleh melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

  • Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada jugak yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. (ok, senaman lagi! Suka-suka...;P)

Jadi, korang apa lagi.... jom kita senyum lebar-lebar. Lepas ni, bangun je pagi sebelum nak menggeliat ke, nak telefon yang tersayang ke, kita senyum dulu ok! Senyum tu kan sedekah! heeee.... 

Senyum macam ni pun comel!!

Kambing pakai braces pun mau senyumlah! hehehe...

Tata u ols! Terima kasih sebab baca!

2 comments:

wahida said...

tengah senyumm. ;)

C!K NoRa said...

weeeee.....(^____________^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...