Hello uols!
Pagi tadi aku ada tengok rancangan Semanis Kurma kat TV9. Tapi yang ulangan jelah. Tajuk dia "Kawan makan kawan". Banyak jugak kisah-kisah menarik pasal kawan makan kawan ni. So, tetiba aku terasa nak buat entri pasal "Kawan" atau "Sahabat" ni. Tapi, bukan pasal kawan makan kawan tau.
Sepanjang aku hidup ni kan, rasanya aku banyak sangat kawan baik. Sampaikan kalau orang tanya aku, siapa kawan baik yang betul-betul baik dengan aku, aku kena fikir jap. Sebab tak tau nak pilih yang mana. Hehe. Jawapan cliche aku..."ramai sangatlah kawan baik aku. Aku tak tau nak sebut yang mana satu". Hehe. Tengok jelah gambo kawan aku kat sidebar tu haa.. Tu baru sikit. Ada lagi 100 juta gambo yang aku tak letak. Hehe.
Tak dapat jugak nak dinafikan kawan ni memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita dan mereka memang sebahagian dari hidup kita. Aku tak dapat bayangkan hidup aku ni kalau takde kawan. Aku tau ada orang yang boleh hidup sorang-sorang takde kawan. Tapi, bukan akulah. Life without friends is dull and boring. Dengan kawan-kawan ni lah aku boleh nak enjoy-enjoy, gila-gila, hepi-hepi. Tapi, berpada jugaklah dalam berkawan. Pilih kawan yang baik yang boleh bimbing kita ke arah kebaikan, bukannya lagi nak menyesatkan kita. Dalam Semanis Kurma pagi tadi, ustazah Siti Nor Bahyah ada gariskan orang-orang yang tak boleh dijdikan kawan. Orang-orang tu adalah:
- Orang yang bodoh @ jahil
- Orang yang kedekut
- Orang yang fasiq ( Suka menipu dan berbohong)
- Orang yang sombong
Alhamdulillah sebab aku banyak kawan yang sangat baik dengan aku. Adalah jugak yang pernah aku jumpa tak berapa nak baik. Tapi tak ramai pun. Setakat sorang dua je. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Macam mana aku boleh ada ramai kawan baik ek? Adakah sebab aku yang senang sangat nak iktiraf seseorang tu sebagai kawan baik aku? Entahlah ye. Dan kadang-kadang aku pelik jugak. Bila orang cakap dia langsung takde kawan baik. Tapikan, aku tengok dia selalu je dok berkepit dengan kawan dia tu ke hulu ke hilir. Masa dia ada masalah kawan tu jugak yang tolong dia. Kalau tengok memang macam tak boleh berpisah! Tapi bila tanya, boleh pulak dia cakap, "Aku tak pernah anggap dia tu kawan baik aku." Ermm... entahlah setiap manusia ada pengertian dan pemahaman masing-masing pasal kawan baik ni. Aku punya pemahaman mungkin lain kot. Hehe.
Pada aku kawan baik ni kawan yang sentiasa bersama kita susah senang. Melalui macam-macam pengalaman bersama-sama. Biasanya kalau aku tengah ada masalah ke tengah sedih ke kawan jugak yang aku cari. Walaupun aku tau dorang tak boleh tolong selesaikan masalah aku pun, tapi aku rasa lega bila dorang sanggup pinjamkan telinga dorang or bahu or bagi tisu dorang kat aku. Rasa macam ringan sikit kepala. Hehe. Ce tanya kat diri korang, kalau korang ada masalah dengan boipren korang pun, sape yang korang cari? Aku boleh confirm ramai yang cari kawan! Tu lah antara peranan seorang kawan ni. Tak kira susah senang tetap bersama. Baru boleh kira kawan sejati. Bukan time senang je bersama.
Setakat ni kawan-kawan aku baik-baik semuanya. Tapi, memang takdelah yang terlalu perfect 100% kan. Aku sendiri banyak kekurangannya. Dan aku bersyukur kawan-kawan aku boleh terima kekurangan aku ni. Gaduh-gaduh, tacing-tacing tu biasalah kan. Even orang yang dah kahwin pun boleh gaduh, mak dengan anak pun boleh gaduh, apalagi kawan. Aku pun ada je pengalaman gaduh dengan kawan ni. Tapi, tak lama tu baik balik. Kawan balik. Hehe. Biasalah kan. Pengalaman hidup ada yang pahit ada yang manis.
Aku harap di masa-masa akan datang aku tetap akan dapat kawan-kawan yang baik macam yang aku ada sekarang ni. Semoga dijauhkan dari golongan kawan makan kawan tu. korang ada pengalaman kawan makan kawan tak? Boleh share...;P
"Ya Allah! Sahabatku buah hatiku.Mesra kami penawar duka. Rindu kami penambah cinta. Rajuk kami penambah ceria. Ya Allah! Silaturrahim kami ukhuwah fillah. Permusuhan kami nauzubillah. Berpisah hanya dengan mati. InsyaAllah. Pengikat hati kami rabithah mardatillah".
Tata uols! Terima kasih sebab baca.
P/S: Lepas ni memang korang akan tengok kebanyakan entri aku pasal kawan. =))
No comments:
Post a Comment