Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu...Mak.. Alfatihah Buat Mama Dan Uteh....

Hello uols!

Korang apa khabar?? sihat??? ngeee... Tetibe mimpi tanya khabar pulak kan! Hek3... Aku ni haa da 5 hari batuk tak kurang-kurang. Suara dah serope katak sembelit! Naseb baek takde sesape ajak aku pergi mengasah tekak.... (^_^)..

Ok entri hari ni korang pun mesti tahulah kan. Apa lagi kalau bukan pasal Hari Ibu ni. Sebut hari ibu je hati ni jadi sebak dan sedih. Pagi tadi da telefon mak nangis-nangis. Wuuu.... Yelah selalu hari ibu aku ada kat rumah. Kali ni takde sebab aku exam belum habis lagi. Mak pagi-pagi lagi da pergi pasar. Aku faham sangat mak tu. Kalau hari ibu je dia mesti nak masak special-special untuk anak-anak dia. Terbalik! Patutnya anak-anak yang masak untuk mak. Hee... Selalunya mak hanya mintak aku buatkan dia kek coklat. Dia memang suka bebenor kek coklat aku. Taktaulah tang mane yg sedapnya! Hitam legam berkarat je aku tengok. Hehehehe... 

Sepanjang aku hidup selama 23 tahun ni, aku ada 3 orang ibu. Hee... Mesti korang pelikkan.. Owh mak mertua belum termasuk ok! Mak mertua mak yang no-4. Hik3. Ok lah pada yang konpius dengan status aku. Aku tau ramai yang konpius! Sebab kejap cakap mama...kejap cakap mak. Huhuhu... Ok2... meh aku story mori..

Insan yang aku panggil 'mak' tu adalah mak kandung aku. Orang yang dah mengandungkan dan melahirkan aku 23 tahun yang lepas. Insan yang aku panggil 'mama' pulak adalah orang yang dah membesarkan aku selama 17 tahun. Lepas aku lahir, aku terus dijaga oleh mama. Sebab kenapa aku di anak angkat aku tak nak tahu. Tapi, aku tak pernah salahkan mak. Aku tahu mak mesti ada sebab yang kukuh untuk semua tu. Dalam masa yang sama aku jugak bersyukur dibesarkan oleh mama. Mama ni dah lama kahwin tapi takde anak. Sebab tu dia ambil aku sebagai anak angkat. Sepanjang di bawah jagaan mama aku ni ditatang bagai minyak yang penuh. Yelah anak tunggal kan. Dan mama serta ayah angkat aku agak berada jugak orangnya. Aku mintak apa semua dapat. Aku dimanjakan. Sangat-sangat ok! Sebab tu sampai sekarang aku manja. Ngeh ngeh ngeh...(boleh muntah dalam baldi!).. Aku tahu dan aku sedar aku anak angkat. Tapi, aku tak pernah soalkan dekat mama. Aku pernah tanya sekali dan mama jadi sedih. Lepas tu aku taknak tanya dah. Selagi mama dan ayah sayangkan aku, aku ok je. 

Masa umur 6 tahun, ayah kemalangan. Langgar lari. Start dari tu, hidup aku dan mama berubah. Ayah lumpuh dan hilang ingatan. Mama jaga ayah. Kesian sangat kat mama masa tu. Mama kecik je orangnya, tapi dia larat nak angkat ayah, mandikan, suapkan makan. Aku masa tu kecik lagi. Aku taktau nak tolong macam mana. Bila umur aku 8 tahun pulak, mama disahkan menghidap breast cancer. Aku ingat lagi masa mama cakap dengan aku. Mama menangis. Tapi aku tak faham. Cancer?? Apa tu? Mama cerita kat ustazah aku. Ustazah aku pun menangis-nangis peluk aku. Tapi, serius aku tak faham apa yang jadi. Hidup kami berubah lagi. Mama keluar masuk hospital, lepas tu kena operate, kena buat radiography, kemoterapi la bagai. Aku masih tak faham. Bila mama sakit tu, pakcik ngan makcik aku tolong jaga aku dan ayah. Mama? Takde siapa yang jaga mama. Huuu... Bila mama dah ok sikit, mama jaga ayah balik macam biasa. Tapi, mama jugak tak pernah abaikan aku. Hantar aku, jemput aku balik sekolah semua mama buat sendiri. Macam tu lah hidup kami 3 beranak. Bila umur aku 10 tahun, ayah kembali ke rahmatullah pada 23 Mac 1998. Mama orang yang paling sedih. Tak sanggup aku tengok mama. Tapi, aku hanya mampu tengok. Tak mampu buat apa-apa. Sejak ayah takde, hiduplah kami 2 beranak dalam rumah yang besar tu. Makan ala kadar je. 2 orang je kan. 

Bila umur aku 13 tahun, aku terkejut lagi. Mama kena kanser lagi. Kali ni dekat bahu dia. Mama da tak mampu nak drive lagi malah nak buat kerja banyak pun tak boleh. Sebab tulang bahu kiri dia dah macam patah. Tak boleh bergerak. Mama ulang alik ke hospital lagi sekali. Aku dijaga oleh sorang makcik ni. Dia baik sangat. Bila sabtu ahad aku tidur kat hospital. Jaga mama. Masa tu aku da besar sikit dah boleh berdikari dah pandai masak. Boleh aku tolong mama sikit-sikit. Tapi mama tak putus asa. Dia still boleh buat kerja rumah lagi. Mama cakap dengan aku, "kakak belajar je, yang lain biar mama buat". Sampailah aku tingkatan 3 macam tu lah kami. Tapi, Allah masih mahu menguji. Kali ni kencing manis mama pulak. Kaki kiri mama kena potong. Ya Allah, sedihnya aku masa tu. Aku baru lepas PMR masa tu. Aku tahu mama jugak sangat sedih. Masa ni uteh banyak sangat tolong aku. Bagi semangat tak habis-habis. Kawan-kawan aku jugak, Alin, Tedty, Zainura, Shuhada dan ramai lagi. Tapi lama-lama, aku dan mama semakin redha. Kami semakin ok. Bila result PMR keluar, aku dapat 8A. Alhamdullilah. Mama menangis kegembiraan. Tapi, mama sedih balik. Dia tanya kat aku "kakak nak masuk asrama ke? Nak mintak MRSM, SBP?". Aku diam je. Aku nak, tapi dalam masa yang sama tak sanggup nak tinggalkan mama. Sape nak jaga mama? Bila result asrama keluar, memang betul pun. Aku tak dapat pergi mana-mana. Takpelah. Sekolah biasa pun ok jugak kan? 

Sepanjang aku form 4 keadaan aku dan mama ok saje. Takde apa-apa berlaku. Hidup kami 2 beranak simple je. Kalau aku sempat lepas balik sekolah aku masak. Kalau tak, beli je lauk. Appointment hospital mama kalau petang, lepas balik sekolah aku bawak mama naik teksi. Kalau pagi mintak tolong cousin hantar mama kat hospital. Begitulah. Sampai aku form 5 bila sekali lagi aku terkejut. Tengahari tu, aku dah siap masakkan lauk tomyam untuk mama. Tomyam udang. Lepas tu, aku pergi kenduri kahwin rumah kawan aku, dekat je pun. Bila balik aku tengok mama da meraung kesakitan sebab dia jatuh dari wheelchair. Aku terus telefon uteh, uteh hantar mama pergi hospital. Mama pun kena tahan wad. Masa tu, kanser mama datang balik. Doc cakap biar mama stay hospital terus senang buat radiography. Pasal jatuh tu takde apa sangat. Sebelum balik, mama pesan. "Kakak, nanti bawak tomyam udang tu esok. Mama nak makan lagi". Aku pun dengan berat hati balik rumah. Malam tu aku sorang-sorang kat rumah. Esok lepas sekolah aku terus datang hospital bawak tomyam semalam tu. Nasib baik mama belikan aku motor. Senang nak bergerak. Mama makan berselera sangat petang tu. Rupanya, itulah lauk terakhir yang aku masakkan untuk mama. T_T. Lepas beberapa hari keadaan mama macam makin teruk lepas buat radiography tu. Masa tu, macam-macam pesanan mama bagi kat aku. Mama cakap aku ni bukan anak dia, tapi dia sayangkan aku. Macam-macam lagi pesanan mama. Aku dah pelik. Tapi aku diamkan aje. 

Sampailah, satu hari ni. Macam biasa lepas aku balik sekolah aku terus berkejar ke hospital. Tiba-tiba aku sampai, penuh doktor dengan nurse kat katil mama. Mama tak sedarkan diri. Aku meraung-raung kat situ panggil mama. Rupanya, mama punya buah pinggang dah rosak sebab kencing manis. Mama terus koma dan masuk ICU. Masa tu aku menangis sepanjang masa. Nasib baik ada uteh dan kawan-kawan masa sekolah. Dorang tak putus-putus bagi semangat kat aku. Airmata ni tak payah cakaplah. Lepas seminggu mama koma, doktor panggil aku. Dia cakap nak cakap personal dengan aku. Ayat pertama doktor, "Adik tenang ye. Keadaan mak adik sekarang kritikal. Kami tak mampu nak buat apa-apa. Mungkin esok hari terakhir dia. Tolong panggil semua sedara-mara ye." Ya Allah masa tu, lutut aku lemah. Aku terduduk atas lantai aku menangis sekuat hati dalam bilik ICU. Nurse-nurse datang tenangkan aku. Aku pergi dekat mama. Aku cium dia mintak ampun, mintak dia bukak mata walaupun sesaat. Tapi, mama macam tu jugak. Aku telefon uteh. Aku telefon kawan aku. Aku nak jaga mama malam tu tak boleh sebab ICU kan. Aku kuatkan hati ni bawak motor pergi rumah kawan aku. Aku menangis lagi dan menangis dan menangis. Esok aku pergi hospital mama macam tu jugak. Sampailah lepas maghrib, tiba-tiba mama kritikal. Blood pressure dia kejap tinggi kejap rendah. Nurse dengan doktor kelam kabut. Aku terus-terus baca Yaasin, terus-terus aku pergi kat telinga mama, aku suruh mama mengucap "Laailahaillah..". Aku menggigil seluruh badan. Sampai akhirnya aku dengar bunyi bipppppppppp....... yang panjang. Tandanya takde lagi degupan jantung dari mama. Aku terus-terus menangis. Uteh terus pujuk aku. Uteh cakap selagi uteh ada, aku tak kehilangan apa-apa. Tarikh masa tu, 3 Julai 2005. Esoknya mama dikebumikan pukul 11 pagi. Yang terkejut, cikgu dan kawan-kawan kelas aku semua datang. Alhamdulillah. Hidup aku berubah lagi. Hebatnya dugaan-Mu ya Allah. Sejak mama takde aku duduk dengan makcik. Hujung minggu pergi rumah uteh. Uteh banyak tolong aku masa ni. Aku teruskan jugak hidup, habiskan SPM sampai akhirnya aku ambik diploma. Tapi, lepas mama meninggal tu aku dah jumpa mak kandung aku. Ada jugaklah aku pergi rumah dia. Tapi, untuk tinggal terus aku belum bersedia. 

Hidup zaman diploma biasa je. Cuma, kali ni uteh pulak yang sakit. Selalu jugak uteh keluar masuk hospital. Sedih! Aku sedih.. sebab uteh tempat aku mengadu lepas mama takde. Aku risau sangat dengan keadaan uteh. Aku terfikir macam mana kalau aku kehilangan uteh. Uteh nasihatkan aku terima mak kandung aku dan duduk dengan mak kandung aku. Aku fikir betul jugak cakap uteh. Alhamdulillah. Mak kandung aku ok. Cuma, aku yang belum mengenali dia sepenuhnya. Adik beradik aku pun aku tak kenal sangat. Tapi ok saja. Ayah kandung aku pulak da meninggal jugak. Sempat kenal die kejap je. Alhamdullilah, semua ok sampai aku habis diploma. Aku selalu jugak melawat dan call uteh. 

Tapi, sejak oktober 2009 keadaan uteh semakin teruk. Uteh koma dan mula tak boleh berjalan. Kesian dekat uteh. Uteh terbaring je sejak dari hari tu. Hospital jadi rumah kedua. Aku tak putus-putus berdoa semoga uteh kuat. Semoga diringankan kesakitan uteh. Keadaan uteh macam tu jugak sampailah akhirnya uteh menghembuskan nafas terakhir 4 April 2011. Baru sebulan lebih. Aku sedih sangat. Tapi aku kuatkan jugak hati ni. Sorang demi sorang orang yang aku sayang pergi menghadap Ilahi. Aku kuatkan hati demi final exam aku kali ni. Terngiang-ngiang lagi uteh cakap.."Nora, habiskan degree... cari kerja bagus-bagus... cari suami yang bagus-bagus..."InsyaAllah uteh, Nora akan cuba. Sejak aku kehilangan uteh, aku rasa macam kosong. Entahlah, kenapa. Yang aku tahu aku sayang uteh sangat-sangat. Kelembutan dia, kasih sayang dia, pengorbanan dia, aku takkan lupa sampai bila-bila. 

Sekarang, aku hanya ada mak. Aku bersyukur. Mak masih terima aku, nak jaga aku. Aku masih ada tempat berlindung. Walaupun mak pernah bagi aku pada orang lain, aku tak pernah salahkan mak. Walaupun banyak kali mak mintak maaf kat aku. Aku tau, ibu mana yang tak sayangkan anaknya kan? Ada ssesorang pernah cakap macam ni kat aku.."Kau patut bersyukur kau ada 3 orang mak yang sayangkan kau. Aku ada sorang je mak." Betul apa yang dia cakap tu. Ya Allah aku bersyukur atas kurniaan-Mu. Aku redha dengan takdirmu. Untuk mak, mama dan uteh...I Love U All So Much..... Terima kasih atas kurniaan kasih sayang ini... Terima kasih Allah... Semoga roh mama, ayah, abah dan uteh ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Kenangan bersama mereka akan terus dalam hati dan ingatan aku. Semoga disebalik setiap dugaan Allah ini adanya kemanisan yang menanti aku. Untuk semua kawan-kawan, hargailah ibu korang selagi mereka masih ada. 

Oklah korang, dah panjang sangat aku tulis ni. Entri paling panjang setakat ni. Hehe. Tisu pun dah habis dua kotak buat lap hingus.. hehe.. 

Tata uols! Terima kasih sebab baca!. .. Have a nice day!

2 comments:

natra md.nor said...

Beratnye bahu ko memikul ye.. Kite kenal lame, tp x pnah pn aku tau ape ko rs kat dalam.

Sorry, for not being one of those people at times u needed the most. I can only wish u happiness from now on. Truthfully.

From one of your 'kawan baik selamanya'
.Nat. =)

C!K NoRa said...

huuu... natrah...=))
xpe... asalkan kita masih kawan sampai bile2!!
x sabar nk tunggu habes exam nak keluar lg dengan korang... heeee....;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...