Friday, June 17, 2011

Result UiTM

Hello uols!

Hari ni aku update entri awal-awal pagi. Ahaks. Ni semua gara-gara tak dapat nak tidur. Bukan sebab memikirkan result, tapi kenapa entah. Result aku, aku dah cek dah semalam sebelum tidur. Cek kat email jelah dulu.

Alhamdulillah, result aku lulus semua. Aku expect mula-mula mungkin ada 1 atau 2 subjek yang aku akan repeat. Huhuhu. Tapi, ada jugak subjek yang aku fikir boleh dapat lagi tinggi tapi aku dapat lagi rendah. Kecewa jugaklah sikit. Tapi, takpelah. Redha jelah, dah yang tu yang selayaknya aku dapat kan dengan usaha yang tak seberapa sangat. Huhu.

Semester yang baru ni lepas ni aku sedar aku tak study sangat. Banyak sangat masalah yang jadi dalam hidup aku. Yang paling tak boleh lupa pemergian arwah uteh disaat-saat lagi 2 minggu aku nak final exam. Aku down gile masa tu. Serius! Sebab selama ni uteh pemberi semangat untuk aku belajar. Tapi, aku kuatkan jugaklah hati ni nak teruskan exam aku. Segala nasihat uteh, mak, mama, dan ayah aku jadikan semangat.

Alhamdullilah syukur sangat-sangat. Bila aku tengok je result terus aku teringat kat arwah uteh. Rindunya aku dekat arwah. Dah hampir 3 bulan arwah pergi, tapi setiap saat aku tak pernah lupakan arwah. She's an angle in my heart.

Next sem, sem terakhir aku. Hopefully. Aku nak cepat-cepat habis belajar dan nak cari kerja cepat-cepat. Next sem aku kena study lebih kuat! InsyaAllah. Pesanan arwah uteh akan sentiasa jadi penguat semangat aku. Uteh selalu cakap dengan pelajaran je kita boleh bukak mata orang untuk tak hina kita. Dengan pelajaran je kita boleh hidup senang, dapat keje yang bagus-bagus. InsyaAllah aku akan ingat semua tu.


Terima kasih uteh! I love you! I miss you! Alfatihah.....

Tata uols. Terima kasih sebab baca.

3 comments:

Isteri Encek Bard said...

gud luck yer

anismelon said...

tahniah..and gudluck 4 da next sem ye dear..

untuk kawan nora..al fatihah buat dye..

NoRa DaDiLLa said...

@Isteri Encek Bard... thnks...=))

@anismelon... thnx jugak ye... tp actually arwah tu mkck saye... heee..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...