Wednesday, June 8, 2011

Wanita Dan Rokok

Hello uols!

Petang ni aku terasa macam nak bagi pendapat pasal isu wanita dan rokok ni. Hurrmm... sebabnya aku pelik dan pelik sangat. Macam mana ye kaum perempuan ni boleh terfikir nak merokok? Apa sebabnya? Sedangkan kaum lelaki yang MAJORITINYA merokok tu pun aku dah agak pelik apa lagi perempuan.

Aku pernah tanya member-member lelaki aku yang merokok, apa rasanya rokok? Sedap ke? Dorang cakap tak sedap pun. Tapi, kalau dah sekali hisap memang tak boleh tinggal. Entah apa entah sebabnya. Maybe sebab nikotin dalam tu kot yang sebabkan ketagihan. Entahlah. Aku pun bukan tau sangat. Hanya perokok yang tau.

Tapi yang pasti, aku memang tak suka rokok tu, lebih-lebih lagi asap dia. Pergghh... rasa hidung aku ni macam kena cucuk dengan jarum je bila tersedut asap rokok. Lepas tu kalau terlebih sedut mesti aku selsema punya. Tak suka...tak suka...

Tapi, yang lagi aku pelik bila perempuan yang merokok. Lagi hodoh kalau perempuan yang merokok tu perempuan melayu yang cun, muka sangatlah lemah lembut, nampak sangat innocent, memakai tudung serta memakai baju kurung merokok. What? Pakai tudung dan pakai baju kurung? OMG. Ye, tulah yang aku pernah nampak yang buatkan aku rasa nak tercekik.

Mungkin perempuan yang merokok ni ada alasan diorang masing-masing. Aku pernah terbaca kat facebook penagkuan sorang perempuan ni kenapa dia merokok. Sebabnya parents dia merokok dan menggalakkan anak-anak diorang merokok jugak. Siap parents tu tolong supply dan bagi duit untuk anak-anak dia beli rokok. Pendek kata, rumah diorang memang tak pernah putus bekalan rokok. Ermmm... tak tau nak cakap apa. Sebab tu, hasil didikan parents dia kan.

Alasan cliche yang selalu aku dengar dari perempuan yang merokok:

  • Nak kurus. 
  • Nak hilangkan stress
  • Tak pun, "lelaki boleh merokok, kenapa perempuan tak boleh pulak". Alasan nak bersaing dan nak nampak sama hebat dengan kaum lelaki. 
Oh, camon... hebat ke merokok? Aku lagi suka lelaki yang tak merokok kot. Sebab nanti bila keluar dengan dia takdelah hidung aku sakit macam kena cucuk sebab hidu asap rokok dia. Hehehe.

Alasan nak kurus tu boleh pakai ke? Ermmm... maybe boleh sebab kebanyakannya memang macam tu. Tapi, jangan terkejut rokok boleh naikkan berat badan jugak tau! Selain tu mungkin ramai yang tak sedar risiko penyakit jantung untuk perokok ni sama macam risiko penyakit jantung untuk orang yang lebih berat badan sebanyak 100 PAUN!. Nak kurus sangatkan... Hehehe.

Selain tu risiko rokok untuk perempuan ni banyak sangat-sangat. Antaranya:

  • Putus haid awal
  • Lewat hamil
  • Mandul
  • Melahirkan bayi pramatang
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Keguguran
  • Tumbesaran janin terencat
  • Saluran pernafasan kronik
  • Kanser paru-paru, tekak, mulut, payu dara dan serviks. 
Tapi, aku tak lah nak memandang negatif dengan perempuan yang merokok ni. Pada aku tu jalan hidup masing-masing. Kadang-kadang tu macam mana kita dah jaga kesihatan pun kalau nak kena penyakit kena jugak kan. Tapi, kalau boleh elak kan lagi bagus. Sebab kita ni perempuan. Satu hari nanti mesti nak kahwin dan nak lahirkan anak-anak yang sihat dan comel kan. 


Ok, ni cuma pendapat aku je. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk tu dari aku sendiri. Maaf kalau tersalah kata ok kalau ada yang terasa. Sumber aku ambik kat sini.

Tata uols. Terima kasih sebab baca.

 

4 comments:

Ini Kisah Tia said...

tapi pandangan orang dengan perempuan merokok ni memang tak baik . itu bukan sifat wanita . kenapa mesti merokok ?

Tia Nak Letak Gambar Boleh?

siti kektus said...

kite tak suka rokok,
tp abah kite merokok,
terpaksa tahankan je la,

kalau cakap lebik, komfem2 kena marah, huhu

NoRa DaDiLLa said...

tia.. betul tu... saye pun x fhm kenapa mesti nak merokok... adeeii...

siti... saye pun x suke rokok jugak... perit ar hidung dgn asap die.. huhuhu

Eimzoela Oldboys said...

Salam...

Tersenyum dengan kata-kata penulis. Mungkin penulis bukan perokok mahupun pernah merokok, jadi saya tidak salahkan judgement beliau.


Tapi saya rasa tiada beza lelaki atau perempuan yang merokok, kedua-duanya mendedahkan diri kepada bahaya penyakit. Cuma pandangan dan tanggapan diskriminasi memandang kes wanita merokok adalah big issue. Sekarang nie dah tak pelik. Nasib baik la wanita itu hanya merokok. Kalau dia minum arak? berzina? haish... lagi la kes parah...

Aperpun tepuk dada tanyer iman masing-masing. Mungkin wanita itu dah jadi perokok tegar. So kita doakan yang terbaik kepada golongan ini semoga Allah bukakan hati mereka untuk berhenti merokok. Kan lebih baik daripada kita terus hentam diaorang kan.. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...