Monday, August 1, 2011

Alahai Sweetnya....

Hello uols!


Tajuk entri aku kat atas tu kena sebut dengan nada yang betul dan gaya yang betul ok! Nadanya macam ni.... Alahai sweetnya!!!!!!! (suara yang sangat manja tapi high pitch gila sambil tangan ke dada mata ke atas buat juling-juling sikit... ohhh... (mengeluh yang sangat kuat)).. Muahaha....

Adoila aku taulah zaman sekarang ni zaman teknologi canggih. Orang pakai BB, Galaxy, pakai iPad, semua orang ada facebook dengan twitter. Memanglah IT ni memudahkan kita untuk berhubung. Asalkan ada internet. Settle!

Tapikan pada aku tak semua benda kita boleh gunakan internet dan tak semua benda kita boleh share dengan semua orang kat internet tu. Contohnya melalui status-status fb kita dan jugak segala tweet kita. Aku tak nafikanlah aku pun selalu gak update status kat fb. Tapi, aku sebelum aku update tu aku akn fikir banyak kali apa nak tulis. Sebabnya, aku taknak orang rasa annoying dengan status yang bakal aku keluarkan tu.

Kadang-kadang aku tak fahamlah dengan orang yang bercinta ni. Serius! Mentang-mentanglah tengah bahagia kan! Seboleh-bolehnya kau nak canang kat 1 dunia yang kononnya korang adalah pasangan paling bahagia kat dunia ni dan jugak alam semesta sampailah ke galaksi lain kalau boleh nak bagitau! Ceh!

Sorry to say.. Tapi benda-benda dan status-status macam ni memang akan buatkan aku sangat annoying. Tapi, aku rasa bukan aku sorang je. Aku rasa ramai lagi orang yang rasa macam apa yang aku rasa. Jom tengok apa yang buatkan aku sangat annoying sampai kadang-kadang muntah hijau. Muahaha....

Aku guna nama Senah dengan Jebon ok!

Baru couple... baru bercinta... tapi letak.... "Senah is married with.. Jebon.." 
Lepas tu mula ar ramai-ramai manusia akan mengomen...
Ali : Tahniah ye korang... semoga berbahagia.
Timah : Tahniah... bila kahwin ni? Tak jemput pun tau!
Senah : Timah... mana kahwin lagilah... ni saja je.. hehe...
Jebon : Terima kasih ye doakan kebahagiaan kitorang... I luv you Senah...
Senah : I luv u 2 syg!

OMG! Muntah hijau dalam baldi!

Lepas tu bermulalah episod percintaan Senah dan Jebon di dalam fb.

Dekat wall Senah......

Jebon : I luv u syg... 
Senah : I luv u 2 syg...
Jebon : U tgah wtpe? U jgn nakal2 tau. 
Senah : I tak wat pape pun. Ok2 i x nakal. U pun jgn nakal2 tau! 

Dekat wall Jebon pulak...

Senah : Syg... mish u... u da mamam da?
Jebon : Miss u 2 darling... i belum mamam lagilah... tunggu u mamam dulu...
Senah : Laaa syg... npe x mkn lg? Nti sakit perut sape susah. I jugak yg susah. I risau tau. U tau kan i sygkn u sgt2.. I x bole tngok u sakit..
Jebon : Ok2 nti i mkn ok. U jgnlah risau syg... i pun sygkn u sgt2...

Kali ni nak muntah kaler purple pulak ar! Weeeekkkkk!!!

Setiap kali keluar dating, balik tu masing-masing pun mula ar mengupload gambar. Peluk-peluk sana, pegang-pegang sini. Gelak sana, ketawa sini. Lepas tu sama-sama mengomen gambar sendiri.

Dekat wall Jebon..

Senah : Syg.. i seronok sgt ari ni. Thanks bwk i jln2.
Jebon : Welkem syg. Nti kte g dating lg tau. Kali ni tempat yg lg special!
Senah : I luv u syg.
Jebon : I luv u 2 darling.

Status Senah..

Seronoknyer ari nie kuar dengan yg tersyg... Thx syg bwk i jln2... lpas tu blanje i mkn... lpas tu blikn i hadiah.. i appreciate sgt2...

Ok, muntah biru! Blueeeekkkkkk!!!!

Ok, dah cukuplah contoh-contoh yang aku bagi. Aku sendiri geli gelimat nak baca. Mesti korang pun pernah terbaca status-status macam ni kan? Huhu. Kalau aku sorilah. Bila aku terbaca status yang macam ni, mintak maaf sangat-sangat sebab aku memang akan hide news feed orang-orang berkenaan dari home aku. Supaya aku takkan dapat apa-apa update lagi dari orang tu.

Memanglah fb tu bukan fb aku. Fb korang. Suka ati korang lah nak letak status apa nak tulis apa kan. Tapi, korang ada fikir tak yang korang tu sangat annoying? Yang orang lain bukan fikir korang sweet pun. Tapi, akan fikir korang tu saja nak menunjuk-nunjuk. Yang orang lain bukan mendoakan korang akan bahagia ke akhir hayat pun. Sebaliknya akan doakan yang buruk dan kata yang buruk. Yelah, korang tu kahwin pun belum. Hubungan tu belum tentu sampai ke jinjang pelamin lagi. Tapi, dah canang kat satu dunia. Bila dah clash? Sendiri yang malu.

Sorry to say... Aku tak langsung rasa apa yang korang buat tu sweet. Pada aku, kalau bercinta ni lebih sweet kalau disimpan berdua je. Biarlah kita dan pasangan kita je yang tau. Nak contact guna fb gunalah. Tapi, biarlah private chat. Takde siapa tau. Aku lagi respect dengan orang yang aku tak tau pun bila dia bercinta tapi tiba-tiba satu hari call aku, mintak alamat cakap nak pos kad kahwin. Haa... yang macam tu sweet. Kalau nak bagitau 1 dunia yang korang bercinta pun bagitaulah, tapi biarlah berpada-pada. Sebab lama-lama orang akan menyampah. Seriously!

Aku harap if one day nanti bila aku kembali bercinta, aku takkan jadi macam tu. Semoga dijauhkan dari perkara yang melalaikan. Sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik. Bercinta biarlah berpada-pada kerana jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia yang tahu siapa jodoh kita. Tak semestinya dah bercinta bertahun-tahun tu confirm akan kahwin kan... Jadi sama-samalah kita beringat ok!

Oklah uols!

Tata. Terima kasih sebab baca.



2 comments:

N A T A S Y A ツ said...

woot woot ~

sokong ! :D

*thank singgah, saya datang follow balek :D

C!K NoRa said...

thnx sebab sokong! ahah.... =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...