Friday, August 19, 2011

Kasih ibu membawa ke syurga.. kasih ayah sepanjang zaman..

Hello uols! Assalamualaikum.. *mulai hari ni nak bagi salam setiap entri*

Aku sebenarnya baru je terjumpa video ni. Masa tengah berblogwalking dan melayan youtube tadi. Dan ada jugak kawan kat fb yang share video ni. Mesti korang dah lama tau dah kan video ni. Aku ni memang selalu ketinggalan pun! Haha...

Mula-mula taknak tengok sebab takut kang kalau tengok menangis pulak! Hehe. Tapi, akhirnya aku tengok jugak. Wuuu... memang sedih sangat video ni. Berjurai-jurai aku tengok. Adeeii...



Lagi satu video pasal ayah... iklan raya Petronas tahun 2006 ni. Yang ni pun sangat-sangat menyentap hati aku ok! Bukan aku sorang je kot. Semua orang yang ada hati la. Hehe. Yang takde hati lantakkan je! Muahaha..



Bila aku tengok iklan-iklan macam ni kan, aku teringat kat arwah ayah dan arwah abah aku. Aku ada 2 orang ayah! Jangan jeles ok! Sebabnya aku dibesarkan oleh arwah ayah angkat aku. Huhu. Walaupun ayah angkat, tapi aku ni dibesarkan macam anak sendiri dan sangatlah dimanjakan oleh arwah. Sangat-sangat dimanjakan ok! Tapi, masa aku umur 10 tahun, arwah kembali ke rahmatullah. 10 tahun je sempat nak rasa kasih sayang arwah. Bila umur aku 17 tahun, arwah mama (mak angkat aku) pulak kembali kerahmatullah. Then, lepas tu dapatlah jumpa balik dengan keluarga kandung. Aku sempat jumpa arwah abah (ayah kandung) 3 bulan je. Lepas tu, arwah pun kembali kerahmatullah. Jadinya, dalam hidup aku sekejap je aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah.

Walaupun sekarang ni umur aku dah 23 tahun, dah besar panjang orang cakap, aku masih mengimpikan kalau aku masih ada seorang ayah. Tak kiralah berapa umur kita sekalipun, kita masih perlukan ibubapa kita. Tak kiralah walaupun arwah dah pergi berapa lama pun, setiap detik dan kenangan masa arwah hidup tetap tak mampu nak lupa. So, kepada kawan-kawan yang lain yang masih mempunyai ibubapa, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Sebab bila mereka dah tiada, tak mungkin ada yang dapat menggantikan mereka. Tak kisahlah macam mana sekalipun keadaan ibubapa kita, kaya ke.. kerabat diraja ke, miskin ke, orang kurang upaya ke mereka tetap ibubapa kita dunia dan akhirat. Ikatan tu takkan terputus sampai bila-bila. Bahagiakanlah mereka selagi mereka masih bernafas. Jika mereka dah dijemput Ilahi, sedekahkanlah mereka dengan amalan kita dan jagalah nama baik mereka.

Walaupun arwah ayah, abah dan mama dah lama pergi, aku still rasa macam mereka masih ada. Owh... rindunya rasa lebih-lebih lagi dah nak dekat raya ni. Kalau masa boleh diputarkan, memang aku teringin nak jumpa mereka walaupun sekejap untuk mintak ampun atas segala dosa-dosa aku dan peluk cium mereka sepuas-puasnya. Tapi, tak mungkinlah kan. Huu... Tapi, aku percaya, setiap yang jadi mesti ada hikmahnya.

"Allah takkan menguji seorang hambaNya dengan sesuatu dugaan jika hambaNya tidak mampu menampung dugaan itu"

Kata-kata seorang sahabat dekat aku waktu aku tengah down dulu. Serius kata-kata ni sangat menguatkan aku. Thanks kawan!

Tata uols! Terima kasih sebab baca.

6 comments:

Abe Goreng said...

Sabar ye,setiap dugaan ada hikmahnye. Saye tahu cik Nora mesti sorg yg kuat. So hrp cik Nora tabah la lps ni.

Koleksi Binatang Peliharaaab Harry Potter!

Lulu Caldina said...

Blog ni dah tersenarai dalam Lulu-Pages.. :)

petuapakar said...

manarik iklan tu..huhu

I follow u. follow saya balik yer..klik sini untuk follow saya

fathiahRAIHANA said...

saya pun ade dua , arwah ayah dan abah . alhamdulillah abah ade lagi :)

nanad said...

anda memang tabah :')

C!K NoRa said...

Abe Goreng: Thanks ye!

Lulu: Yeaayy! Thanks sgt2!

petuapakar: Terima kasih follow!

fathiah: alhamdulillah... =))

nanad: huhu... trm ksh... =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...