Monday, August 8, 2011

Baju Raya Tahun Ni

Hello uols!

Ni nak tanya ni. Korang dah siap ke semua preparation untuk raya ni? Dah habis dah shoping raya? Apa? Dah habis ke. Huaa... Aku je belum shoping lagi. Sigh~

Sebenarnya semalam adalah jugak aku pergi Plaza PKNS kat Shah Alam ni konon-konon sambil bank in duit sewa rumah nak cari-cari baju raya. Agak crowded jugaklah kat PKNS tu. Penuh gila dengan umat manusia yang semua nak cari baju raya. Parents dengan anak-anak yang berderet-deret, couple-couple, peniaga yang try nak tarik perhatian orang ramai. Memang sibuk! Tapi, belum boleh lawan Jln. TAR lagilah. Hehe.

So, aku pun jalan dan jalan. Dari satu kedai ke satu kedai aku tengok. Dah habis pusing semua, aku patah balik, pusing lagi sekali. Tapi hampeh! Takde 1 pun yang aku berkenan. Dah nak tercabut kaki aku ni haa. Kenapa entah takde yang menarik pada aku. Kebanyakannya fesyen baju raya tahun ni jenis yang sarat dan meleret dan seberat 10kg! Muahahaha. Terlalu banyak manik dan labuci yang sarat. Kebanyakannya fesyen kaftanla kan. Fesyen tu kan tengah in sekarang. Tapi, kaftan??? OMG... Kaftan memang sangatlah sesuai untuk aku yang kurus lagi langsing dan sangat tinggi ni (tangan ke dada, mata ke atas)... Muahaha.. Memang tak mungkinlah aku nak beli kaftan tu.

Cantiknya kaftan Dynas dengan Dira ni... =)
Yang Dato' Siti pakai ni pun gojes jugak! Warna yang jarang orang pakai kan..
Target aku, aku just nak baju kurung Pahang je. Tu pun, aku nak simple je tapi yang penting boleh menampakkan dan menyerlahkan keayuan aku! Ok, pergi muntah dalam baldi sekarang! Hik.hik..hik... Aku memang suka mengumpul baju kurung pun. Senang boleh bawak pergi kelas ataupun pergi kenduri. Belilah baju kurung moden yang fesyen macam mana pun, akhirnya aku tetap akan pilih baju kurung biasa dan jugak baju kurung Pahang. Pada aku lebih selesa dan tak terlalu menonjol sangat dan nampak sopan je.

Nampak sangat ayu Rozita Che Wan ni... Suka...
Baru tengok Wanita Hari Ini tadi. Ermm, ada yang cakap baju kurung dah semakin ditinggalkan dan pakai baju kurung ni nampak macam kampung. Aku tak setuju langsung ok! Aku tengok ramai je lagi yang pakai baju kurung. Dan, baju kurung cotton memang tengah in sekarang ni. Dulu, nenek-nenek je yang pakai baju kurung cotton kan, or buat baju kedah pakai dengan kain batik. Tapi, sejak 2,3 tahun lepas, baju kurung cotton dah naik balik tapi of courselah dengan corak yang lebih moden sesuai dengan zamanlah kan.
Ok, so senang cakap, baju kurung tu takkan lapuk ditelan zaman. Betul tak? Mak aku selalu cakap macam tu. Hehe.

Macam ni pun boleh... alahai comelnya Lisa ni... 
Hujung minggu ni aku nak pergi Jln TAR pulak. Nak cari baju raya kat sana. Harap-harap ada yang berkenan. Sebab kat sana lebih banyak pilihan dan lebih murah kalau nak compare dengan PKNS. Cuma, kena bersedia mental dan fizikal untuk bersesak-sesak jelah. Haisshh... Takpe aku sanggup. Muahahaha...

Gambar...... takde motif pun! Huahuahua...

Oklah uols. Sudah-sudahlah tu aku membebel. Hehe. Sumber gambar: Google.

Tata. Terima kasih sebab baca.

2 comments:

sifu im said...

pkns??aku sllu je lps ctu..

btw..ak xde baju raye pon tahun ni..sdih..sob3

NoRa DaDiLLa said...

sifu.. selalu ye pegi pkns? duk s.alam ke? kenapa tak beli baju raya?
sempat lagi ni... hehe..=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...