Hello uols!
Kali ni entri makan-makan lagi sekali. Hek..hek..hek... Nak buat macam mana dah tuan blog ni kaki makan. Huhu. Kali ni tempat makan yang aku nak bagitahu kat Wong Solo, Seksyen 7, Shah Alam. Alaa, kat belakang Jakel Shah Alam tu haa.
Kalau dengar nama Wong Solo tu pun mesti korang dah tau kan makanan apa. Masakan Jawa lah apa lagi. Kalau dah Jowo(sebut pekat-pekat gaya wak jawa ok!) tu mestilah ayam penyet. Hehe. Aku memang gilakan ayam penyet ok! Dah berapa banyak restoran ayam penyet dah aku try. Ada yang best ada yang kureng best. Kalau aku masukkan dalam blog ni means restoran tu bestlah ye. Hari Jumaat lepas baru je makan ayam penyet kat Waroeng Penyet kat The Curve. Haa, yang kat The Curve ni memang terbaik! !0 bintang aku bagi kat Waroeng Penyet ni. Tapi, yang lainnya kat Wong Solo ni ada ayam bakar jugak. So, quite different dari restoran ayam penyet yang lain yang mostly hanya akan jual makanan yang terpenyet-penyet sahaja. Hek..hek..hek...
Ermm, untuk berbuka puasa kali ni kitorang semua ambil set je. Senang cerita. RM10.90 je harga set dia. Ada ayam/ikan penyet, terung sambal, salad, tauhu dan tempe dan nasi. Semua ada including mineral water. Tapi, still kena tambah airlah. Mana best buka puasa dengan air mineral kan! Bab air ni, pada aku kat Wong Solo ni harga dia kureng sikit. Bukan kureng mahal ok! Tapi kureng murah. Aku selalu order air soda gembira (bandung soda) kalau pergi makan ayam penyet. Kalau kat restoran lain, harga soda gembira ni dalam RM3++ je. Tapi kat Wong Solo ni sampai RM5.50 kot harga dia. Agak mahal. Sirap limau je dah RM2.50 uols! Boleh dapat 2 gelas kalau kat kedai lain. Tapi takpelah. Nak wat macam mana kan. Dah nak jugak air manis untuk berbuka. Hehe.
Mahal woo sirap limau ni... =( |
Dengan Bobby... bergambar dulu sementara tunggu time berbuka... |
Set lele penyet.. Lele tu ikan keli ok! |
Yang paling best aku rasa sebab set tu sekali dengan Terung Balado tu. Balado tu apa? Balado tu dalam bahasa minang. Balado tu makno ei berlada. Faham? Kan dah keluor dah bahaso minang den ni ha. Memang sedap terung tu! Febret aku. Hehe.
Laparlah pulak bila tengok balik gambar ni... Hee...=)) |
Nyummy! |
Tangan nak sama je dengan aku Min ni. Lagi sekali, tolong jangan tanya kitorang ni adik beradik ke tak ok! |
Muka kekenyangan.... ;P |
Tata uols! Terima kasih sebab baca.
P/S: Tak pernah aku publish entri pukul 3 pagi! Hak..hak..hak..
3 comments:
tengok korang berbuka puasa ramai2 seronok je, teringat kisah akak bujang dulu, rindunya.....
dh la lunch hour ni..terasa lapar la plak baca entri ni..adess :p
K.Zana: hehe.. seronok.. tapi tak boleh selalu.. kering poket! Hehe.,
Dylla: saya pun lapar balik masa taip entri ni. hik...hik..hik.. takpe2... lagi 6 jam je nak buke! Hoho...
Post a Comment