Friday, August 12, 2011

Jika Aku Pergi Dulu

Buat mak yang dicintai..
Ampunkan saya...maafkan saya... halalkan segala makan minum saya. Walaupun baru je kenal dengan mak, tapi kasih sayang ni dah lama wujud sejak saya dalam kandungan lagi. Maafkan saya sebab tak sempat nak balas segala jasa mak yang dah lahirkan saya. Memang segala jasa mak takkan mampu saya balas walaupun hidup beribu tahun walaupun diberi segala kekayaan di dunia ni. 

Buat abang-abang dan adik yang dikasihi
Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana menjadi abang dan adik yang sangat ambil berat tentang anak tunggal perempuan dalam keluarga kita ni. Terima kasih kerana boleh menerima diri saya walaupun kita tak membesar bersama dan kita tak mengenali sejak kecil walaupun kita adik-beradik. Percayalah, ikatan tu dah wujud dalam diri kita sejak dulu lagi. Walaupun baru kenal kamu semua, perasaan sayang dah menebal dalam diri ini. Maafkan jika ada tersalah kata dan tersilap langkah. 

Buat sahabat-sahabatku yang sentiasa dihati dan diingatan
Terima kasih atas segala kenangan kita bersama dan segala pertolongan yang pernah kamu semua bagi. Memang tak mampu untuk aku membalas semua tu. Kawan-kawan baik aku dari sekolah rendah yang kekal hingga sekarang... Fadzlyne, Bailah, Natrah, Nismah dan Wani... terima kasih semua. Kita dah membesar bersama dan banyak sangat kenangan dengan kamu semua. Kawan-kawan baik masa sekolah menengah... Alin, Inoi, Tedty, Mira, Bida, Aim, Izat, Kamil, Shuhada dan ramai lagi. Terima kasih yang tak terhingga sebab ada waktu aku susah dan senang. Kalau tak sebab kamu semua tak tau apa jadi dekat aku ni. Terima kasih untuk segala kata-kata semangat dan sokongan yang dah kamu semua bagi waktu aku menghadapi saat-saat kehilangan orang yang teramat aku sayang. Kawan baik aku waktu di universiti..Min.. Terima kasih jugak untuk segalanya. Dah terlalu banyak kau tolong aku. Dan, sekali lagi aku tak mampu nak membalas semua tu. Terima kasih sangat-sangat. Kawan baik aku yang lain... Fara dan Aini.. Terima kasih jugak untuk segalanya. Terima kasih untuk moment-moment indah waktu kita lepak bersama. Terima kasih sebab sentiasa sudi tadah telinga untuk mendengar segala cerita aku yang entah apa-apa tu. Terima kasih lagi sekali untuk segalanya. Untuk semua sahabat-sahabatku, aku mohon maaf yang terhingga atas segala kesilapan dan kekurangan diri ni. 

Buat semua yang mengenali diri ini.
Maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan. Saya bukanlah seorang yang sempurna. 

Buat arwah mama, ayah, uteh dan abah.
Jika saya pergi dulu, saya berharap untuk berjumpa dengan kalian semua di syurga. Sesungguhnya hati ni terlalu rindukan mama, ayah, uteh dan abah. 



4 comments:

natra md.nor said...

Alaaa nape ni! Sedih aku tau.. T_T Take care ye syggg..

Belladeone said...

welcome nora...jangan bersedih macam ni..indeed,this entry so pure and sincere,i can feel it...be strong my dear..Allah is always with us...

FadhDeela said...

sedihh nyer!! T___T

Meh sini: Yusri & Lisa akan Berkahwin 2012

Sini Juga: Temubual Jimmy mengenai tuduhan isteri beliau!

SaMsul Cowtness said...

sedih baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...